SAYANG S2 : JANJI CHAPTER 53

139 8 0
                                        


WEIIIII KORANGGGG...SORRY LA LAMA TAK UPDATE STORY. UNTUK PENGETAHUAN KORANG, NEXT CHAPTER NI ADALAH CHAPTER TERAKHIR. IOLLS AKAN KASI SEKALI GUS DAN HARAP KORANG BACALAH DENGAN HATI YANG LAPANG DAN IKHLAS MENERIMA PENGAKHIRAN YANG PENUH EMOSI NI. BEAUTIFUL SANGAT2 🥹🥹🥹






  
   Hari ini bermula la perperiksaan akhir buat pelajar2 tingkatan 4 dimana segala apa yang mereka pelajari akan diguna pakai untuk perperiksaan kali ini. Semua pelajar tingkatan 4 kini berada di dewan utama untuk menjalani hari pertama perperiksaan mereka. Semalam ada beberapa pelajar juga la datang berjumpa aku untuk mengucap terima kasih kerana membantu mereka mengulang kaji. Aku senang dengan sikap mereka yang tahu untuk mengenang budi orang lain dan aku doakan adik2 junior aku semua berjaya.

   Pagi ni terasa tenang tanpa suara budak2 junior yang bingit kerana mereka awal2 lagi sudah ke dewan. Aku bangun dan bersiap2 nak mandi. Azim pulak aku lihat sedang asyik dibuai mimpi dia sampai morning wood dia jelas kelihatan dari luar selimut. Ikutkan nafsu mau je aku pegi jentik wood dia tu...hahahaha. aku tinggalkan dia dan aku berlalu keluar menuju ke bilik mandi. Saat aku keluar aku ternampak ada sepucuk surat di lantai dengan nama aku tertera di hadapannya. Aku kutip surat tersebut lalu aku buka.

    "Kehadapan hati yang aku sakiti,...". Aku tutup kembali surat tersebut. Hati aku berdenyut kencang. Aku kenal tulisan ini. Aku kenal benar. Laju aku berjalan menuju ke hujung koridor aras bilik aku. Suasana pagi dengan sinaran matahari yang baru muncul dari ufuk timur menenangkan. Aku membuka surat berkenaan dan aku baca setiap bait perkataan yang tertulis diatasnya. Setiap ayat yang aku rasa cukup dengan ikhlasnya.

   Bunyi unggas berterbangan tidak henti2 waktu tu. Aku lipat surat berkenaan setelah aku habis membacanya dan aku segera masuk ke dalam bilik mandi. Aku masuk ke dalam salah satu pintu dan aku kunci pintu tersebut dari dalam. Aku buka pili air dan pancuran air sejuk membasahi tubuh aku. Walau sejuk terasa disegenap tubuh aku tetapi panasnya airmata yang mengalir dipipi aku pantas aku rasai. Sepucuk surat penanda pengakhiran. Sepucuk surat tanda penamat. Ayat2 yang tersusun rapi dititip dengat berat hati ditulis untuk melepaskan kekasih hati. Kaki aku lemah. Kaki aku tak kuat menampung beban yang ditanggung. Dengan perlahan aku terduduk sambil pancuran air membasahi aku. "Wei...kau nak keluar tak hari ni?". "Bole jugak...aku nak beli barang sikit kat pekan...jom la sat lagi". Kedengaran suara diluar bilik mandi. Aku segera menutup mulut aku agar tiada yang mendengarnya. Aku segera menutup mulut aku agar tiada yang tahu kedukaan yang aku rasakan sekarang ni. Kenapa aku menangis? Bukan ini ke apa yang aku inginkan dari dia? Ya...ini yang aku nak tapi kenapa berat sangat aku rasa. Kenapa perit sangat aku rasa. Menangis la wahai hati. Mengalirlah wahai airmata. Luahkan lah sepuasnya. Agar lepas ini dapat engkau kembali berdiri megah setelah segalanya yang berlaku. Moga terubat perasaan ini.

   "Warghhhh...sedap nye bangun lambat2 pagi ni. Hmmm...mana Wan ni? Mandi ke?"tanya Azim yang baru saja bangun dari tidurnya. Azim berdiri dihadapan cermin lalu flex dirinya yg elok dihadapan cermin tersebut. Ye...mahkluk Azim ni memang elok kejadiannya tak dinafikan. Sedang dia menikmati keindahan dirinya dihadapan cermin aku melangkah masuk. "Haaa...da agak da mesti mandi ni. Ramai tak orang kat bilik mandi?"tanya Azim tapi tidak dijawab segera. Aku melangkah ke arah Azim lalu memeluk dia dari belakang. "Uittt...sejuk sangat badan kau ni...kau main sabun ke apa lama2 mandi ni?"tanyanya yang sedikit bergurau. Tetapi tidak dijawab juga. Azim sedikit pelik. "Wan...kau ok ke? Kenapa mata merah2 ni...kau menangis ke? Ada sapa2 kacau kau ke ni?  Bagi tau aku"katanya. "Diam jap...bagi aku peluk kau jap...kejap je"kataku dan Azim turuti. Azim kemudian bawa aku ke katil dan baringkan aku. Azim memeluk erat aku dari belakang. Panas dan selesa aku rasa badan dia sebab dia tak mandi lagi kot. Aku memegang erat lengan yang memeluk aku ketika ini sehingga aku terlelap seketika.

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now