Hai kesayangan sekalian. Just nak inform yang iolls dah dinaikkan pangkat hokeyhhhh (haaaaa tepokkkkkkk). Tak la tinggi pangkat nye. Cuma Head Of Department je. Satu pencapaian juga buat buat diri sendiri. Jauh lagi perjalanan kita nak tempuh. Sentiasa cakap pada diri yang kita kne kuat. Bia muka tak siap janji poket berkepokk dekkk. Senang nak beli skincare tak perlu pinjam duit orang khennnn. Anyway...korang jaga diri elok-elok. Hujung2 tahun ni slalu banjir. Semoga kita semua dirahmati sentiasa. Lurveee dari sis 😘😘😘
Azim masuk ke dalam bilik Mad. "Haaa...kenapa Azim?"tanya Mad yang sedikit terkejut dengan hadirannya. "Ajim...jom balik dulu!"kataku kepada Azim. "Kau diam...kalau kau tak reti nak bagi tau bia aku je bagi tau...bia budak bodoh dua orang ni sedar sikit!"kata Azim.
"Kau apahal sedap2 je kata kami bodoh!"kata Yen yang bangun berhadapan dengan Azim. "Ni aku nak ceritakan apa yang jadi malam korang kantoi dengan warden tu"kata Azim.
"Ajim!"jeritku. Azim memandang aku tajam.
POV Azim (malam kejadian)
Setelah pelajar2 yang ditangkap kerana merokok dirotan dan diarahkan pulang ke bilik masing2, Azim masih berada di bilik warden bersama-sama warden yang menangkap mereka. "Cikgu...saya nak tanya sikit boleh tak?"pinta Azim kepada warden."Haaa...kenapa?"jawab warden. "Maaf cikgu tapi bagaimana cikgu tahu yang mereka ada di tandas bawah tu sedang merokok?"tanya Azim. "Owh...ada pelajar tingkatan 5 yang jumpa saya disini dan memberikan maklumat katanya ada pelajar sedang berasap di sana...apa lagi saya pun pergi la terjah...terkejut beruk mereka nampak saya disitu...nasib baik saya datang bersama sorang lagi warden"terangnya. "Owhh...boleh saya tahu siapa pelajar tersebut?"tanyaku lagi cuba mendapatkan maklumat. "Si apa nama budaknya...haaaa Mohd Hilmi...dia la yang datang ke sini sebab katanya nampak ada pelajar merokok"jawab warden. "Owh...nasib baik Hilmi perasan akan pelajar yang merokok tu"tambah Azim. "Saya mahu awak pantau pelajar2 yang terlibat...saya sudah memberi amaran terakhir kepada mereka...kali ini saya maafkan mereka sebab mereka nak ambil SPM tak lama lagi tapi tidak lain kali...saya tidak akan bertolak ansur lagi...pastikan awak pantau mereka dengan baik ok Azim"tegas warden. "Baik cikgu...saya akan pantau mereka selalu"kata Azim.
POV Azim end.
Dhail dan Yen terkejut mendengar kata2 yang keluar dari mulut Azim. Sangkaan mereka meleset sama sekali. Mereka termakan kata2 dari Emy. Terikut dengan emosi. Mereka menyalahkan orang yang tak bersalah. Menyesal. Mereka begitu menyesal kerana bertindak tanpa usul periksa. Menyesal kerana terikut dengan amarah yang membutakan hati mereka. Mereka berdua memandang Wan yang berada dibelakang Azim. Kesal teramat dengan tindakan mereka.
"Wan...kami...". "Dah...tak payah...jom kita balik bilik!"bentak Azim menarik aku lalu keluar dari bilik. Aku hanya mengikuti saja arahan Azim tanpa memandang ke arah mereka berdua.
Sampai dibilik Azim melepaskan tangan aku. "Ajim..."panggilku. "Ajimmmm..."panggilku lagi tapi tak dijawab. "Ajim...maaf la"kataku. "Aku marah dekat kau...kalau awal2 kau bagi tahu dekat mereka pasti benda ni tak akan jadi"terang Azim. Aku hanya diam duduk diatas katil aku mendengar kata2 Azim. Ya memang salah aku juga tapi bukan nya aku tak nak berterus terang dengan mereka...cuma takda masa yang sesuai. "Ajim...aku mintak maaf la...aku tau aku salah tapi jangan la ignore aku yek...kau je yang rapat dengan aku"kataku. Azim memandang aku dan berjalan menuju ke arah aku. Dia merapati aku dan memeluk aku. Terasa kehangatan badannya. Terasa keikhlasan darinya. Terasa sayang darinya. "Aku tak marah dah...aku ada dengan kau...apa2 bagi je tau aku"kata Azim.
Dibilik mad.
"Haaa...puas hati korang?!"tanya Mad marah. "Ada otak tu guna betul2 ni tak...korang pegi tuduh orang tak bersalah...kawan korang sendiri pulak tu...masa korang tolak dia dulu sampai berdarah kepala dia...ada dia report kat warden? Ada tak?! Cukup la korang ni"tegas Mad. Dhail dan Yen pula diam membisu. Mungkin rasa bersalah menjalar membaluti diri mereka. Menyesal mungkin dengan perbuatan mereka terhadap kawan baik mereka sendiri. "Ya allah...apa aku da buat ni!"kata Yen. "Mad...aku bsalah sangat2 dekat wan...aku menyesal sangat2 Mad,Iman"kata Dhail. "Yen...jom mintak maaf kat Wan sekarang jugak"tambah Dhail. Mereka lantas bangun dari katil da menuju le arah pintu tapi sempat ditahan Mad.
"Korang rasa Wan nak ke maafkan korang?"tanya Mad. "Wan boleh je maafkan korang tapi Azim? Aku tak tau sama ada Azim kasi atau tak korang jumpa Wan tu. Korang tahu kan Azim macam mana. Dia kalau bab Wan tu memang lebih sikit"kata Iman dan mereka terhenti dari melangkah. Mereka berdua memandang Mad dan Iman. "Habis tu macam mana?"tanya Dhail. "Bagi dorang masa...cari masa dan peluang untuk korang minta maaf pada Wan"kata Iman. "Dah la...aku malas nak layan korang...aku fikir kan korang kawan aku je...kalau tak memang melekat da penumbuk aku ni kat muka masing2"gertak Mad. Mereka berdua kembali ke katil masing2 dan diam tanpa berkata apa2. Menyesal akan tingkah laku yang mereka lakukan kepada Wan. Menyesal akan kata2 kesat yang dilemparkan kepada wan. Kekesalan yang meminta suatu kemaafan. Tapi pantas ke kemaafan itu datang buat mereka setelah apa yang mereka dah lakukan? Layakkah mereka memohon kemaafan kepada insan yang tetap menganggap mereka sahabat walaupun mereka telah melukakan insan tersebut?
Walau apa pun yang telah berlaku, mereka tetap harus memohon kemaafan tersebut. Tak kira la maaf mereka itu disambut atau tak, mereka harus!
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
