First of all, terima kasih. Terima kasih pada semua yang follow cerita sis. Sis hargai sangat2 pada yg komen dan vote tu. Lurve korang ketat2. Perasaan sayang ni khas untuk semua. Tak kira peringkat umur dan jantina. Dalam senyap2 pun kita boleh berkasih sayang. Cuma hati2 jangan terlebih sayang. Nanti hati kita yang sakit bila sayang yang kita curahkan tu dibalas dengan pengkhianatan. Anyway, semoga korang setia menunggu karya terbaru sis nanti ya. Dan minta maaf juga atas segalanya. 😘
Keadaan aspura hari cukup riuh dengan sorak hilai suara penghuni yang ada. Mana tak nya, hari ni maka telah tamat la sesi persekolahan buat pelajar tingkatan 4 dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing2. Dua hari telah berlalu setelah tamat perperiksaan akhir mereka. Setelah berhempas pulas bertempur kini mereka menang. Ya...ada yang gembira dan ada yang berduka tapi itulah proses pembelajaran. Mereka harus tabah dan bersedia untuk tahun hadapan. Mereka harus gunakan pengalaman ini untuk terus maju.
"Apa yang riuh sangat ni!! Kamu semua nak cikgu tahan kamu dari balik ke? Kalau nak sila teruskan bising lagi"jerit Cikgu Aidil merangkap warden hari ni dari bilik warden. Aku yang berada disitu bersama wakil2 pelajar yang lain tersenyum mendengar jeritan Cikgu Aidil td. Kami semua berkumpul untuk diberi tugasan melancarkan proses keluarga yang mengambil anak2 mereka. Setelah selesai perbincangan semua wakil pelajar pergi mengambil tempat yang telah ditetapkan. Azim diminta untuk menjaga pintu masuk manakala aku ditugaskan di kawasan aspura.
"Wan...". Aku dipanggil Cikgu Aidil saat aku baru mahu melangkah keluar dari bilik warden berkenaan. "Ye cikgu...ada apa2 hal lagi ke?"tanyaku. "Takda apa pun...macam mana dengan study awak? Semua ok ke?"tanyanya. "Alhamdulillah...semua ok je cikgu...kenapa cikgu?"tanyaku lagi. "Takda apa...cikgu tengok awak macam tak bersemangat je...tadi pun awak banyak diam je tak macam selalu"jawab cikgu. "Cikgu risaukan saya ke? Malu nya saya kena stalk dengan cikgu..hehe..gurau2 je ye cikgu. Saya ok je la cikgu...biasa la gementar kan"balasku. "Kalau ada masalah bagi tau...share dengan cikgu ok mana tahu cikgu bole bantu...haaa lagi satu ni kakak cikgu kirim salam kat kamu...dia cakap semoga berjaya exam nanti"kata Cikgu Aidil. "Innshallah...kirim salam balik ye kat kakak cikgu...ok la cikgu saya gerak dulu ye"kataku lalu segera menuju ke kawasan tugasan aku.
Semalam sempat juga Azim memanggil semua pelajar2 lelaki aspura tingkatan 4 untuk berkumpul berjumpa buat kali terakhir. Sebagai wakil pelajar sudah menjadi tugas aku untuk ada bersama Azim sekali. Kami memberi kata2 terakhir sebagai senior dan bermaafan sesama mereka. Ramai juga yang bersalaman dengan aku dan aku layankan saja. Mata aku akhirnya terpandang pada satu susuk yang sedang memerhatikan aku dari jauh. Dia hanya tersenyum memandangku dan kemudian berjalan pergi. "Wan...jom la naik bilik...selesai da tugas kita kat sini"kata Azim dan aku pun berlalu mengikut dia naik.
"Bang...bang...bang Wan". Aku seperti tersedar dari lamunan apabila mendengar nama aku dipanggil. "Ehh...haaa...ye....ada apa ye?"kataku yang sedikit terkejut. "Takda apa...saya nak balik dulu dah ni...nak salam"katanya. "Owhh...haa...baik2...tahun depan jadi senior baik2...jangan buli orang tau"kataku sambil tersenyum. "Baik bang...hehe"kata budak ni sambil bersalaman dengan aku dan berlalu pergi. Aku tersenyum melihat semua junior2 aku berlalu pulang bersama keluarga mereka masing2. Setiap yang berjumpa dengan aku pasti aku akan ingatkan mereka agar menjadi seorang senior yang baik dan ingatkan mereka yang mereka akan menghadapi SPM tahun hadapan. Ramai juga yang mendoakan aku berjaya menghadapi SPM nanti dan aku berterima kasih kepada mereka.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
