Bab 1

33 1 0
                                    

2014,

Masa perlawanan tinggal seminit saja lagi. Hanya beza tiga mata saja lagi dapat mengalahkan pihak lawan. Penonton bersorak memberi semangat pada dua kumpulan bola jaring yang sedang bertanding. Satu kumpulan perlu menyerang dan satu lagi perlu bertahan demi meraih kejuaraan.

"Darin!"

Rakan pasukannya membaling bola kepadanya. Kini, bola itu berada di dalam pegangan.

"Shoot! Shoot! Shoot!"

Dia memejam mata seketika. Kemudian, kakinya melonjak sedikit membaling bola ke arah jaring gol.

Tiga saat..

Dua saat..

Sat-

TITITT

PHITT!

"YEAYY!"

Bersorak penonton apabila kumpulan itu menang disaat akhir perlawanan. Faeq tersenyum gembira. Rakan-rakannya berlari lalu memeluknya erat. Gembira. Juara perlawanan akhir tahun akhirnya menjadi milik mereka.

"Nice shot, Faeq"

Faeq tidak mengendahkan pujian rakannya malah dia memandang ke arah kerusi penonton. Siapa lagi jikalau bukan si gadis yang sentiasa berjaya memikat hatinya dari lima tahun lalu. Rakannya menarik Faeq ke tepi gelanggang.

"Tak habis-habis renung buah hati kau ke?" Rakannya, Darin Naufal menegur.

"Bukan buah hati akulah"

Dua lelaki itu memandang saja gelagat seorang gadis berambut paras bahu sedang mengelap peluh pada salah seorang pemain pihak lawan.

"Werk, menyampah aku" Darin membuat mimik muka muntah. Siapalah yang tahan tengok gelagat pasangan kekasih popular di sekolah ni?

Via Larisa dan Adreen Erfan.

Via seorang gadis yang cantik dari segi penampilannya. Kemas dan bersih. Darah kacukan Thai daripada ibu bapanya membuatkan wajah gadis itu diminati ramai. Darin akui itu.

Adreen? Terkenal dengan kekacakannya. Itu Darin tak mengaku. Poyo je. Kononnya apabila si cantik dan si kacak bergabung, maka gemparlah sekolah ni.

Lima tahun sejak Via masuk ke dalam sekolah ini, lima tahun jugalah mereka bercinta. Sudah berbulu mata Darin melihat dua merpati itu. Tak habis-habis acah sweet. Macam lah mereka saja yang bercinta dalam dunia ini.

Tapi tidak bagi Faeq. Hanya rasa cemburu yang terpendam dalam hatinya. Mampu mengagumi gadis itu dari jauh saja.

Lima tahun Adreen bersama Via, lima tahun juga dia memendam perasaan terhadap gadis itu. Dia sedar gadis itu bukan milik dia.

"Sampai bila kau nak tenung awek Adreen tu?"

Teralih pandangan Faeq apabila rakannya menegur. Faeq tersenyum kecil.

"Faeq!" Seorang gadis bertudung melambai ke arah mereka daripada jauh. Gadis itu mendekati mereka.

"Tahniah. Seronok gila tengok perlawanan kau dengan Adreen. Tak sangka Adreen masih kalah dengan kau kan?"

Ain Adura, rakan sekelas mereka. Ain menghulur sebotol air mineral kepada Faeq. Faeq tersenyum sebelum menyambut huluran itu.

"Aik, untuk Faeq saja? Untuk aku takde?" Masam wajah Darin. Ain hanya membuat mimik muka menyampah sebelum sebotol lagi air mineral dihulur kepadanya. Darin tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now