Selepas solat isyak, mereka berkumpul di ruang tamu.
"Via dengan Faeq pergilah bersembang dekat luar sekejap. Jangan lama-lama" Ujar Datin Avina.
Via mengangguk setuju. Dia pun ada banyak kata-kata yang nak dilontarkan. Faeq mengikuti langkah Via ke kolam renang.
Azira sudah tidak senang duduk. Dia mengintai-intai suasana di luar.
"Kamu dah kenapa Azira? Panjang tengkuk?" Terus terhenti pergerakan gadis itu apabila ditegur Encik Faisal.
Via menyilangkan tangannya. Dia memandang tajam Faeq di hadapannya.
Faeq setia dengan riak serius walaupun dalam hati, tiada siapa tahu. Lelaki itu menahan ketawa melihat wajah merah Via menahan marah. Sungguh dia rindu akan wajah itu.
Via terpaksa mendongak sedikit atas faktor ketinggian. Lelaki ini tinggi lebih kurang 180 cm berbanding dirinya, 160 cm saja.
"Beritahu aku segalanya. Rancangan kau" Faeq mengerutkan dahi.
"Rancangan apa?"
"Jangan buat bodoh la, Faeq! Aku tahu kau pun terpaksa kahwin dengan aku kan? Mak ayah kau mesti dah aturkan semuanya, kan?" Anggap Via.
Faeq menundukkan badannya. Menyamai ketinggian gadis itu.
"Siapa kata? Aku yang suruh diorang dapatkan this pretty girl for me"
Faeq mengedipkan mata sebelah. Via lantas menolak dada lelaki itu jauh.
"Lelaki gila!"
"Gilakan Via Larisa"
"Diamlah!"
Faeq tergelak kecil.
"Look, Faeq. Perkahwinan ni takkan berkekalan. Kau tak boleh bersatu dengan perempuan yang tak cintakan kau. Kau sepatutnya cari perempuan yang sayangkan kau lebih dari kau sayangkan dia" Jelas Via. Faeq diam saja.
"Faeq!"
Faeq mengangkat kening. Via memejamkan mata. Geram dengan perangai lelaki ini.
"Kita beritahu parents kita yang kita tak jadi kahwin. Okay?"
"Kenapa tak jadi? Aku cintakan kau la"
"Hentikanlah cinta karut ni! Aku tak suka kaulah!" Boleh gila Via begini.
"Habistu cinta kau dengan Adreen tak rasa karut?"
Terdiam Via. Via berpaling ingin melangkah pergi. Malas mahu melayan lelaki itu.
"Kau masih cintakan perempuan tu? Wow"
Terhenti langkah Via. Dia memandang Faeq yang sedang memegang telefon. Rakaman suara.
"Kalau kau cintakan dia, apa kata kau pergi kutip dia? Sebab aku rimaslah dia asyik merayu pada aku"
Jelas itu suara Adreen. Via kaku. Tak sanggup menelan kata-kata itu.
"Apa yang kau dah buat pada dia selama ni?" Suara Faeq pula kedengaran.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...