"Via. Saya bagi peluang kamu siapkan semula kerja saya. Minggu depan hantar. Kamu dikecualikan" Via memandang gurunya tidak percaya. Hatinya lega.
"K-kenapa?"
"Pengawas dah ceritakan pada saya. Saya tahu, esok hantar" Via mengangguk lemah. Penat kena ulang balik semua.
"Itu saja untuk hari ni"
"Terima kasih, cikgu!"
Alisa di sebelah Via menegur gadis itu. Via mengangkat sebelah keningnya.
"Kalau kau nak aku tolong kau, aku boleh tolong" Ujar Alisa.
"Takpe. Aku boleh buat sendiri. Kau pergilah library dulu. Cop tempat. Nanti aku datang" Balas Via.
"Yela"
Alisa bangun lalu bergerak keluar dari kelas bersama buku dan pen di tangannya. Via seorang gadis yang berdikari. Jarang sekali dia meminta bantuan sesiapa untuk membantunya malah Adreen juga.
Sebaik saja Alisa keluar dari kelas, Amira bangun dari duduknya. Meja salah seorang rakan sekelasnya ditendang.
Tersentak Via yang sedang menulis. Dia memandang Amira tajam. Apa lagi betina ni?
"Kau nak apa lagi?"
"Puaslah hati kau kan? Pengawas selalu sebelahkan kau"
Berkerut dahi Via. Apa pula minah ni merepek?
"Bukan setakat pengawas saja sebelahkan kau, kau pun ada si Adreen. Sebab tu muka kau jenis tak tahu malu"
"Kau kecewa ke?"
Amira terdiam.
"Kecewa sebab gagal kenakan aku?" Bidas Via. Via menjeling gadis itu lalu meneruskan kerjanya.
Diri Amira seakan tercabar lalu menarik lengan Via memaksanya berdiri. Via merentap kasar.
"Jangan ganggu akulah!" Jerkah Via.
"Kau yang selalu buat aku gila! Kau fikir kau siapa?!"
"Kalau kau tak nak jadi gila sebab aku, jauhkan diri kau dari aku!" Balas Via.
"Kau dengan ketua pengawas tu ada apa-apa ke, Via?"
Via mendengus. Datang lagi seorang bala.
Azalea, rakan Amira mendekati mereka."Betul lah tu. Sampai semua nak sebelahkan dia seorang"
Via diam saja mendengar dua syaitan itu berbicara.
"Kau berdua skandal eh?"
"Jangan sampai aku tampar muka tebal kau, Azalea. Kalau dengki, pergi duduk dan baca buku. Cuba lawan aku kalau mampu" Ujar Via tenang.
Dia membawa bukunya. Dia perlu ke perpustakaan. Duduk sini memang tak siaplah kerja dia. Disebabkan mereka juga, dia perlu buat semula tugasan yang diberikan. Sudahlah kena hantar esok.
Tak sempat kakinya melangkah keluar, rambutnya dicengkam seseorang dari belakang. Via menjerit kesakitan.
"Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan?!"
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...