Via menyandang totebag miliknya.
"Pergi mana?" Via mendengus geram.
"Keluar"
"Tahu keluar. Keluar ke mana tengah-tengah malam buta ni?" Dingin suara itu.
"Bukan masalah kau"
"Awak isteri saya, Via. Kalau apa-apa jadi dekat luar sana, siapa yang susah?"
"Kau tak payah risau. Aku pandai jaga diri. Aku bukannya budak kecik pun"
Via membuka pintu rumah.
"Via"
"Ish! Jangan sibuk boleh tak? Mulai hari ni, kau buat hal kau dan aku buat hal aku"
Setapak Via melangkah keluar dari rumah, Faeq menarik tangannya sebelum mengangkat tubuh Via ke atas bahu. Via menjerit sakit.
"Faeq! Apa masalah kau ni?!"
Faeq membawa Via masuk ke dalam biliknya.
"Turunkan akulah!"
Faeq menurunkan Via sebelum mengunci pintu bilik.
"Jangan sentuh aku!"
Via memandang tajam lelaki itu. Rambut serabai dibetulkan.
"Saya terangkan pada awak sekali lagi. Walaupun awak tak suka, saya tetap suami awak"
"Tak habis dengan suami! Aku muaklah dengar!"
Faeq diam seketika. Dia memandang wajah Via.
"Tak boleh ke awak cuba terima saya dalam hidup awak?"
"Aku dah kata aku tak boleh! Aku cintakan Adreen saja!"
"Adreen tak cintakan awak, Via! Kenapa awak terlampau buta ni?!"
"Habistu kau tak buta? Aku tak pernah cintakan kau!"
Terdiam lelaki itu.
"Kalau kau cintakan aku dan susah nak lepaskan aku, kau pasti faham perasaan aku terhadap Adreen" Ujar Via.
"Aku merayu pada kau, Faeq. Jangan paksa aku untuk terus hidup dengan kau. Aku tak boleh. Aku tak mampu nak balas cinta kau" Terang Via.
Jika Faeq tidak jemu menyakinkan Via betapa dia cintakan wanita itu, Via juga takkan berhenti menolak cinta lelaki ini.
DINGG!
Bunyi loceng rumah kedengaran. Faeq meraup wajahnya sebelum keluar dari bilik. Via juga mengikuti langkah Faeq. Siapa yang datang lewat malam ni?
Via mengintai di sebalik tangga. Sebaik saja Faeq membuka pintu, Via tersenyum tidak percaya.
"Azira?" Tegur Faeq. Azira bersama luggage berdiri di hadapan pintu.
"Azira buat apa dekat sini?" Soal Faeq.
"Azira datang untuk interview kerja. Tapi sesat pula. Azira datanglah rumah abang"
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...