Tiga minggu berlalu, Via kini menetap di rumah banglo keluarganya. Seorang diri. Selepas kejadian lepas, Via langsung tidak melihat walau bayang lelaki itu. Entah dimana lelaki itu berada pun dia tidak tahu. Biarlah dia.
KTOK KTOK!
Via lantas bangun. Dia membuka pintu.
"Faeq-"
Pudar senyuman Via.
"Darin?"
Via memandang wajah Darin dan juga Ain penuh kerutan.
"Ada apa?" Soal Via. Tidak pernah mereka berdua datang berjumpanya.
"Faeq ada kirimkan sesuatu" Darin menghulurkan sehelai sampul surat berwarna coklat. Via menyambut sebelum membukanya. Via memandang wajah Darin dan Ain meminta penjelasan.
Darin mengeluarkan telefonnya. Rakaman suara dimainkan.
"Aku menyesal koyakkan dokumen cerai yang kau bagi pada aku hari tu"
Via terkesima. Suara Faeq ke?
"Aku minta maaf. Aku terpaksa beritahu Ain dan Darin mengenai hubungan keruh kita. Lagipun, satu dunia dah tahu perangai buruk kau"
Darin memandang Via tajam.
"Aku akan tunaikan permintaan kau. Aku akan lepaskan kau. Kemas barang kau dekat rumah aku. Aku bagi kau masa tiga hari"
Rakaman suara tamat. Via terdiam.
"Kau rasa selama ni Faeq yang seksa kau? Kau salah, Via. Kau yang seksa perasaan dia. Dari dulu lagi dia cintakan kau tapi sebelah mata pun kau tak pandang dia" Ujar Darin.
"Kau tak tahu apa-apa, Darin"
"Aku? Aku jadi saksi macam mana Faeq tu tergila-gilakan kau dari dulu lagi, Via"
"Aku tahu kau marahkan Adreen dan Alisa. Tapi Faeq bukan tempat untuk kau lepaskan amarah" Ujar Ain pula.
"Bila Faeq bersatu dengan kau, aku antara orang yang paling bahagia hari tu, Via" Ujar Darin serius.
"Masih ada masa untuk kau perbaiki. Jangan lihat apa yang kau hilang. Lihat apa yang ada depan mata kau. Hargai selagi ada"
"Dia dah tak suka aku. Apa lagi yang aku mampu buat? Semuanya dah tamat, Darin. Kau perlu terima yang kami tiada jodoh"
Darin mengangguk faham.
"The one you love and the one who loves you are never ever the same person" Ujar Ain memandang Via kecewa.
"Kami minta diri dulu" Ujar Darin sebelum berlalu keluar daripada perkarangan rumah. Via memandang lama surat itu.
Via merenung dirinya dalam pantulan cermin. Bagaimana semua ni boleh jadi?!
Seketika, kedengaran suara pintu dibuka seseorang. Via keluar dari bilik lalu menuju ke ruang tamu. Via terdiam. Sekian lama lelaki itu menghilangkan diri, kini mata mereka menatap sesama sendiri.
"Kenapa kau ada dekat rumah aku?" Soal Faeq dingin. Via kian menyedari. Riak wajah yang dahulunya penuh rasa cinta kini bertukar dingin. Tiada secalit senyuman pada bibir lelaki itu.
"Kau suruh aku kemas barang"
"Aku suruh kau kemas barang dalam masa tiga hari kan?" Faeq mendekati wanita itu.
"Jangan risaulah, Faeq. Aku sendiri pun tak ingin nak duduk serumah dengan kau"
"Fine. Kalau kau dah bersedia, aku bila-bila masa saja boleh lafaz"
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...