Bab 12

26 1 0
                                    

Via perlahan-lahan mengesat airmata. Pandangannya kabur akibat airmata bertakung. Matanya pedih. Pisau di tangan digunakan untuk memotong bawang.

'Kenapalah aku kena buat semua ni?!'

"Via? Kenapa Via dekat sini?" Via mengangkat wajah memandang NekMah yang menegurnya.

"Pengantin baru mana boleh buat kerja. Nanti tak naik seri. Pergilah masuk bilik" Tegur NekMah. Mata Via bersinar penuh harapan.

"Ye ke NekMah?"

Dia tidak pernah mendengar ayat itu. Pengantin baru tak boleh buat kerja. Nanti tak naik seri pengantin. Baru saja Via ingin mengangkat punggung, teguran menghentikan perbuatannya.

"Takpelah, Nek. Via ni bukan ada kerja lain pun nak buat"

Via memandang tajam Datin Avina.

"Eh Via okay-"

"Biarlah nek, dia nak buat"

Mereka menoleh memandang Arina yang baru masuk ke dapur sambil memegang sebesen ayam mentah. Dia meletakkan kasar besen itu ke atas meja.

"Dia punya kenduri kan? Mestilah dia yang kena buat. Rupa, duit, pengaruh semua ada. Takkanlah nak goyang kaki-"

"Arina" NekMah memandang tajam cucunya itu.

"Betul apa akak cakap, Nek" Sokong Azira.

Via hanya menjeling saja. Aku tak suruh tolong pun.

"Kalau macam tu, Via-"

"Via, tak salah kalau kita nak tolong. Kan dapat pahala" Tegur Datin Avina lembut. Dia memegang lengan Via menghalangnya pergi. Isyarat mata diberikan pada anak itu. Via merentap tangannya.

"Mama-"

"Kalau tak nak buat kerja, pergi ikut Faeq dengan TokYah ke laut. Rasa pengalaman orang cari rezeki di sana" Ujar Dato' Ghazali yang baru tiba di dapur bersama Faeq dan TokYah.

Via melopong. Laut?!

"Ha boleh juga. Tak perlu kamu buat kerja ni. Pergilah ikut Faeq tu"

"Takpelah, nek. Via tak biasalah"

"Sebab tak biasalah kena biasakan"

Via mengetap bibir.

"Jom, Via" Pelawa Faeq. Azira memandang wajah TokYah.

"Tok, tok kan nak cari ikan. Nanti bawa si Via ni menyusahkan pula. Biar jela kalau dia tak nak ikut. Kalau Tok nak teman, Azira boleh pergi" Ujar Azira. Dia bangkit sebelum berlalu ke singki.

"Jom, Abang-"

"Eh takpelah. Via ikut. Rasa panas pula duduk dalam rumah ni. Jom, sayang" Via memeluk lengan Faeq.

"Zira tolonglah NekMah buat kerja. Abang minta maaf kalau menyusahkan Zira. Tapi Zira tolong sikit-sikit bagi pihak abang ya?" Ujar Faeq lembut kepada Azira.

Via mengerutkan dahi. Dengan semua perempuan pun kau layan lembut. Heh dasar-

Via menarik lelaki itu keluar. Azira mendengus geram.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now