Bab 25

5 1 0
                                    

Via membuka mata perlahan. Dia mengeliat kecil. Dia tidak dapat tidur lena sepanjang dia membawa kandungan. Jam menunjukkan pukul 7.15 petang. Sikit lagi nak maghrib. Entah bagaimana dia boleh tertidur selepas asar tadi.

Via keluar dari bilik. Mana semua orang?

PRANG!

Kedengaran bunyi kaca pecah dari bilik Arina. Via mendekati bilik wanita itu. Diketuk pintu namun tiada sahutan.

Via membuka pintu. Sebaik saja pintu dibuka, satu tangan menarik Via masuk sebelum dia menutup pintu. Mulut Via ditekup dari menjerit lalu tubuh wanita itu ditolak ke dinding. Via membulatkan mata.

"Kenapalah Faeq bodoh sangat tinggalkan isteri tercantik dia dengan aku dalam rumah ni? Kau pun senang nak tarik kan?"

"Lepaslah!"

"Takpe, sayang. Kalau Faeq tak nak kau, aku ada"

"Jantan gila!"

"Kau nak tengok aku menggila ke?"

Izul menanggalkan bajunya. Sudah lama dia menahan. Via lantas mendekati pintu namun Izul lantas memeluknya dari belakang.

"You smell good, dear"

Izul lantas mencium leher putih milik Via. Via yang melawan mendatangkan berang dalam diri lelaki itu. Izul menolak wanita itu ke atas katil lalu menindihnya.

BAMM!

"Kau buat apa ni?!"

Via menolak tubuh Izul. Arina bersama Faeq masuk ke dalam bilik memandang dua manusia itu tajam.

PANGG!

Pedih pipi Via menerima tamparan Arina.

"Kau buat apa dengan laki aku?!" Jerkah Arina sebelum dia mencengkam rambut Via. Puan Hayati dan Encik Faisal yang baru masuk sedaya-upaya menghentikan amukan Arina.

"Dari dulu lagi kau cuba goda suami aku kan?!"

"Arina! Kenapa ni?!"

Encik Daim, Puan Haziqah, NekMah, TokYah dan juga Azira masuk ke dalam bilik akibat pekikan Arina.

"Apa kena dengan kamu ni?!" Marah NekMah.

"Nek! Perempuan ni dari dulu lagi buat gedik dengan abang Izul! Takde maruah diri!"

"Arina! Jangan main tuduh je!" Jerkah Encik Faisal.

"Tuduh? Arina nampak diorang berdua atas katil!"

Faeq memandang wajah Via. Via menggeleng memberi isyarat semua itu salah.

"Awak.."

Via memegang pergelangan tangan Faeq namun lelaki itu merentap kasar.

"Jujur sebelum aku beritahu semua apa yang kau dah buat!" Jerit Arina.

"Apa aku buat?!" Balas Via berani.

"Jangan pura-pura tak tahu kalau tak nak kena tampar dengan aku. Aku nampak dengan mata aku sendiri!" Jerit Arina geram.

"Kau cuba goda laki aku kan?"

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now