Bab 10

22 1 0
                                    

Via keluar dari rumah. Berperap dalam rumah ni boleh terbakar kulitnya. Panas melampau. Pasanglah aircond!

Faeq sudah keluar dengan Wais dari tengahari tadi. Entah ke mana mereka pergi. Aku dibiarkan disini. Dia tak tahu ke aku bosan?

Via duduk di pondok kecil di tepi rumah. Pemandangan sawah padi dipandang. Sesekali angin petang menyapa kulit.

Lengan baju panjang disentengkan sedikit. Kelihatan banyak garisan merah pada kulitnya kesan garuan semalam. Banyak nyamuk betul. Habis kulitnya.

Internet pun kurang baik disini. Agak-agaknya apa khabar Adreen disana?

Galeri di dalam telefon dibuka. Foto bersama Adreen ditenung. Dia tidak mengerti. Mengapa Adreen berubah hati?

"Ehem"

Tersentak Via apabila mendengar bunyi deheman seseorang. Via memandang tajam wanita itu.

"Mengelamun apa tu?"

Nurin menyertai Via di pondok itu.

"Akak buat apa dekat sini? Pergilah masuk. Sibuk saja" Via menjeling Nurin.

"Saja keluar ambil angin. Akak baru lepas tidurkan Atiq. Boleh bersembang dengan Via"

Via diam. Malas mahu melayan kakaknya.

"Via"

Nurin mencapai tangan Via sebelum mengenggamnya. Via mengerutkan dahi.

"Akak nak Via tahu akak sayang Via, tahu? Akak ada seorang adik je" Ujar Nurin ikhlas.

"Akak ni kenapa? Jangan merepek boleh tak?"

Via menarik tangannya semula.

"Adik akak kan dah jadi isteri orang. Akak sedihlah"

Via menunjukkan wajah menyampah. Bukannya aku mati pun.

"Apa dua beradik ni buat dekat luar ni?"

Via mengeluh perlahan. Kenapalah selalu ganggu ketenteraman aku?

NekMah membawa sebuah mangkuk berisi dua buah pelam mendekati Via dan Nurin.

"Via makan buah pelam?"

Via menjenguk ke dalam mangkuk. Pelam?
Mangga ke?

Via menggeleng perlahan.

"Ha meh makan. Sedap tau" Pelawa NekMah. Via memandang Nurin yang berselera makan.

Via mencapai sepotong buah pelam itu. Sebaik saja dia gigit, masam menyenget lidah. NekMah ketawa kecil.

"Sini banyak buah-buahan Via boleh cuba. Nanti lepas kenduri, NekMah suruh Faeq bawa Via ke dusun buah"

Via mengangguk saja. Nurin disebelah Via sudah bersinar mata. Dia pun nak ikut!

"Dekat sini apa lagi best, NekMah?" Soal Nurin.

"Tak jauh dari sini ada air terjun. Ramai orang selalu bersantai disana kalau cuaca panas sangat"

Nurin penuh minat mendengar cerita NekMah.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now