Majlis persandingan Azira bersama suaminya berjalan lancar. Ikutkan hati Faeq, dia ingin pulang ke bandar tanpa menguruskan majlis mereka. Namun dihalang Encik Faisal. Apa pula kata orang kampung nanti.
Via pula ditergah Faeq untuk membuat kerja. Sekadar keluar dan tunjuk muka kepada orang kampung. Keluarga Puan Haziqah dan juga Puan Hayati masih dingin. Sekadar senyuman untuk menutup syak wasangka orang kampung.
Faeq yang sedang mengangkat barangan memandang seorang lelaki berpakaian serba hitam turun dari motorsikal. Hantar parcel mungkin.
Lelaki itu mendekati Faeq lalu menyerahkan satu sampul surat. Faeq mengerutkan dahi. Dia tidak memesan apa-apa. Mungkin milik Via.
Faeq masuk ke dalam bilik. Kelibat Via tidak kelihatan. Faeq meletakkan sampul itu di atas tilam.
To : Faeq Nadyan.
Faeq mencapai semula sampul surat itu sebelum membukanya.
Sebaik saja dia melihat kandungan di dalam sampul, Faeq terkaku. Foto-foto Via ditindih Adreen di rumah milik Adreen ditenung tajam.
KTAK!
Pintu bilik dibuka. Via masuk ke dalam bilik. Dia terdiam melihat wajah dingin Faeq. Via meneliti sesuatu yang dipegang Faeq sebelum merampasnya. Via tergamam. Via kemudiannya mengoyakkan kesemua foto itu.
"Faeq, saya boleh terangkan!"
Faeq memandang kosong wajah Via. Via memegang tangan Faeq sebelum melutut.
"Apa yang awak tengok tak seperti awak fikir. Benda dah lama, Faeq!"
"Aku cuba tepiskan segala perkara negatif mengenai kau, Via. Aku yakinkan diri aku sendiri yang kau bukan seperti apa yang diorang kata" Ujar Faeq dalam nada kecewa.
"Tapi bila aku teringatkan balik apa yang kau dah buat, boleh jadi kau seorang-"
"Jalang? Pelacur? Murah?" Via menyambung percakapan Faeq.
"Ya, saya mengaku. Saya memang wanita yang takde maruah. Terhegeh-hegehkan lelaki yang tak inginkan saya. Saya mengaku salah" Luah Via.
"Dan sekarang saya terhegeh-hegehkan kasih sayang suami saya sendiri" Airmata mengalir dibiarkan saja. Faeq memandang lama wajah itu sebelum melangkah pergi. Via memegang lengan lelaki itu.
"Saya tak habis cakap lagi!"
"Lepas!"
Via tergamam.
"Sekarang awak dah jijik dengan saya?"
"Diam, Via"
"Awak mungkir janji awak. Awak cakap awak sayangkan saya!"
"Dan kau expect aku nak sayang kau lepas tengok gambar tu?!"
Sekali dia Via tergamam. Dia tak sangka ayat tu keluar dari mulut lelaki itu.
"Kau hanya cantik luaran saja, Via. Dalaman kau teruk!"
Terkelip mata Via akibat dijerkah Faeq.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...