Via menjamu selera tanpa memandang wajah keluarga di hadapannya. Dato' Ghazali sibuk bertanyakan khabar pada anak sulungnya.
"Via, tak nak tegur akak ke?" Bisik Datin Avina di sebelahnya. Alisa disebelah Via hanya diam saja. Tidak berani masuk campur urusan keluarga berada itu.
Nurin Anisa, kakak kandung Via memandang adiknya.
"Akak dengar Via makin bagus dalam akademik sekarang. Tahniah. Nanti ada masa kita keluar shopping" Ujar Nurin. Via tersenyum nipis.
Dato' Ghazali menggeleng saja melihat telatah Via. Orang tengah bercakap dia buat acuh tak acuh saja.
"Via-"
"Akak ni banyak bercakaplah. Apa kata habiskan makanan tu dulu?" Bidas Via. Keruh wajah Nurin. Dato' Ghazali memandang gadis itu tajam.
"Kamu ni dah kenapa? Kakak kamu tanya elok-elok kan?"
"Bukan ke papa marah kalau Via bercakap sambil makan?" Via memandang wajah bapanya. Dato' Ghazali mendengus geram. Ada saja nak menjawab.
Selesai makan, Dato' Ghazali bergerak masuk ke dalam bilik bacaannya. Nurin dan Datin Avina sibuk mengemas meja makan. Alisa pula sudah pulang ke rumahnya.
Via mencapai remote televisyen sebelum tayangan drama terpapar. Seketika, Nurin menyertai gadis itu. Dia duduk di sebelah Via lalu memeluk gadis itu.
"Ey rindunya adik akak ni!"
Via menolak tubuh Nurin. Rimas.
"Akak ni kenapa? Pergilah peluk mama tu"
"Eh biarlah akak nak peluk satu-satunya adik akak ni!"
Via diam saja menonton drama.
"Via, akak nak tegur Via sikit ni"
Mata Via fokus pada kaca televisyen namun pendengarannya setia pada kakaknya.
"Via janganlah cakap kasar-kasar dengan papa. Papa tu dah tua. Tak baik tahu-"
Terhenti percakapan Nurin apabila Via memandangnya tajam.
"Akak masih tak faham lagi ke? Bukan Via bermasalah. Papa yang tak suka Via. Dia cuma suka akak saja" Ujar Via. Dari dulu lagi Dato' Ghazali bersifat kasar dengannya.
"Mana adalah, Via. Papa tu sayang Via"
"Dia sayang akak saja sebab akak seorang anak yang sangat taat pada dia. Akak rajin dan selalu banggakan dia. Itu ayat yang dia selalu bagi dekat Via!"
Nurin terdiam. Walaupun dia bekerja jauh dari rumah, dia tahu apa yang terjadi mengenai hal dalam rumah melalui Datin Avina. Kerap kali mamanya memberitahu papa dan adiknya selalu berkelahi. Dia tidak suka.
"Papa cuma tak suka Via berkawan dengan Adreen. Via kan muda. Anak dara pula tu" Terang Nurin. Dato' Ghazali cuma tidak suka cara Via berkawan dengan lelaki tanpa batasan.
"Akak dengan papa sama saja kan? Selalu salahkan Adreen"
"No, akak tak pernah salahkan dia!"
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...