Bab 20

3 1 0
                                    

"Ergh.."

Faeq mengerut sakit apabila kornea mata menyapa cahaya pagi. Dia memandang sebelah. Kosong. Faeq bangun lalu dia duduk bersandar pada katil. Kelihatan pakaian berselerak di lantai. Dia cuba mengingati kejadian semalam.

Bunyi shower kedengaran menandakan seseorang sedang membersihkan diri. Faeq menyandarkan kepala sebelum memejam mata. Dia tidak sedarkan diri semalam. Seolah tidak terkawal. Kesian Via menjadi mangsanya.

Kedengaran pintu bilik air dibuka. Faeq masih memejamkan mata. Kedengaran suara tapak kaki menghampiri katil. Faeq membuka mata.

"Via-"

Faeq lantas bangun dari katil. Comforter ditarik bersamanya. Dia memandang wajah itu. Terkejut dan tergamam. Wanita itu sedang mengikat tali robe di tubuhnya.

"Kau buat apa dekat sini?" Suara garau itu menusuk telinga Amira.

"You masih tak ingat, Faeq. Semalam kita-"

"Mana bini aku?!"

Tersentak Amira dengan jerkahan Faeq. Merah wajah lelaki itu menahan marah.

"M-mana I tahu bini you. You yang cari I semalam kan?" Amira masih dengan rancangannya.

Faeq perlahan-lahan mendekati wanita itu. Amira mengundur perlahan-lahan.

"Jujur dengan aku, Amira" Gertak Faeq. Tidak mungkin wanita ini bersama dengannya semalam.

"I dah jujur, Faeq. You tarik I. I dengan rela serahkan diri I pada you sebab you nampak sakit. Sekarang you cuba nafikan?!" Berani wanita itu membalas.

"Bohong! Aku takkan sentuh perempuan lain selain isteri aku!"

"And you already broke your promise! You tak boleh lari, Faeq. You must take responsibility! Macam mana kalau I mengandung?!"

PRANGG!

Terkaku tubuh Amira apabila sebuah pasu kecil dibaling bersebelahan kepalanya pecah mengena dinding. Bahu Faeq turun naik menandakan lelaki itu berada dalam amarah. Lelaki itu yakin wanita semalam adalah isterinya. Via Larisa.

Faeq memandang katil bercadar putih yang dipenuhi tompok merah. Faeq memegang kepalanya.

"Faeq! Are you okay?"

Amira memegang bahu tidak berlapik Faeq. Lelaki itu menepis kuat. Dia perlu keluar dari sini.

"Kau bersiap. Kita jumpa Via"

"What?! Kenapa?! You tak kisah ke kalau Via kecewa?"

Amira mula gelabah. Faeq mendekati wanita itu sebelum mencekiknya. Tubuh ditolak kasar menghempap dinding. Amira tergapai mencari nafas.

"You don't know me well, Amira. Don't do any stupid plan to trap me in!"

"F-Faeq!"

"Kau ikut aku sebelum aku heret kau!"

Faeq menolak tubuh Amira sehingga wanita itu terjatuh. Faeq mencapai pakaiannya sebelum masuk ke dalam bilik air. Tak sampai beberapa saat, lelaki itu keluar dengan lengkap berpakaian. Wajah itu pucat saja.

"Aku tunggu luar. Dare to run from me"

Faeq memandang wanita itu tajam sebelum keluar dari bilik.

BAMM!

Pintu hotel dihempas kasar oleh Faeq. Amira lantas menarik laci kecil di tepi meja. Telefon miliknya dicari. Dia perlu menelefon Via.

Tidak jumpa! Amira mengusutkan rambutnya. Mati macam ni!

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now