"Aku serahkan amanah arwah" Ujar Adreen sambil menghulurkan sekeping sampul.
Faeq memandang sampul itu. Dia mengambil nafas dalam sebelum membukanya.
Awak tahu tak lagu yang saya sentiasa nyanyi tu? Awak mesti tak pernah tahu maksud dia kan? Cuba awak cari.
I just want you to know. Meeting you was the best time in my life. You showed me something different that was called love. Awak buatkan saya cintakan awak.
Terima kasih untuk segala yang awak lakukan buat saya. Terima kasih kerana beri peluang pada saya untuk mencintai awak, hargai awak dan kenali seorang Faeq Nadyan.
I'm glad we met. Saya tak pernah menyesal apa yang terjadi dalam hidup saya. Saya bersyukur mama, papa, kak Nurin, awak, Adreen mahupun Alisa pernah hadir dalam hidup saya.
Kini, Allah SWT hadirkan seseorang untuk gantikan tempat saya. Avisya Fain. She's your daughter, Faeq. Anak sah kita. Saya minta maaf kerana tak jujur dengan awak. That night was not a mistake. I swear, Faeq.
Even without me, saya nak tengok awak capai segala apa yang awak mahukan di dunia ni. Teruskan hidup demi awak dan demi anak kita.
Saya minta maaf kerana terlambat, Faeq. Saya minta maaf kerana tak beri cinta yang awak mahukan. Saya minta maaf untuk waktu dimana awak rasa diri awak tak dihargai. Saya minta maaf juga waktu kita bersama terlalu singkat.
Saya sentiasa takut, Faeq. Macam mana kalau saya pergi ketika melahirkan? Tinggalkan semua orang yang saya sayang. Saya sangat risau anak saya tak kenal siapa ibu dia but I know she will have the best father in her life.
Awak ambil masa bertahun lama untuk dapatkan hati saya sedangkan awak buat saya cintakan awak just in a year. If we see each other again in another life, can we be lover again?
Take care, husband. You are my last love and forever will be. I love you, Faeq Nadyan.
Airmata menitis di atas surat itu. Faeq mengesat laju. Coretan pertama dan terakhir dari Via buat dirinya.
"Awak cinta pertama dan terakhir bagi saya, Via. Tiada yang dapat menggantikan tempat awak. Sumpah, saya cintakan awak. Lima belas tahun saya tunggu awak, saya bersyukur saya dapat jadikan awak isteri saya walaupun hanya seketika. Biar nyawa saya tidak dikandung badan sekalipun, akan saya bawa cinta ini sampai bila-bila. Saya janji, sayang"
"Erk.."
Kedengaran suara bayi merengek. Faeq mengesat airmata sebelum berdiri mendapatkan bayi perempuan di dalam baby crib.
Faeq mengangkat tubuh kecil itu.
"Avisya Fain. Maafkan baba, sayang. Disebabkan ego baba, Sya tak dapat menyusu dari umi. Baba janji sayang. Baba akan jaga Sya sampai akhir nafas baba"
Faeq mencium pipi bayinya. Bauan dari syurga dan wajah mirip sang bidadarinya.
. . . . . . . . . . .
Lima tahun kemudian di pagi hari raya,"Mari makan!" Pelawa Puan Hayati. Encik Faisal sibuk bersembang dengan rakannya. Rumah terbuka tahun ini memang meriah.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...