Bab 5

30 1 0
                                    

10 tahun kemudian, 2024

Pili air dibuka. Tangan ditadah sebelum air dibawa ke muka. Berus gigi dicapai sebelum ubat gigi jenama Colgate dicalit sedikit. Seperti biasa, dia berkumur selepas selesai memberus gigi.

Dia keluar sebelum tuala kecil dicapai. Wajahnya yang basah dilap perlahan. Jam pada telefonnya ditilik. Pukul 7.45 pagi. Dia mengenakan seluar tracksuit bersama black short-sleeve jersey. Lalu, langkah kaki dibawa keluar dari bilik menuju dapur.

Sampai saja di dapur, susuk tubuh ibunya kelihatan. Dia menyapa Puan Hayati.

"Selamat pagi, bu"

Puan Hayati tersenyum pada anaknya.

"Selamat pagi, anak ibu. Awal bangun nak pergi mana?"

"Pergi mana lagi bu? Pergi joglah" Puan Hayati mengangguk saja. Memang itu rutin anaknya setiap hari.

"Pergi dengan Darin, ya?"

Faeq mengerutkan dahi.

"Darin? Darinkan takde dekat sini. Faeq pergi sorang lah"

"Tu" Puan Hayati memuncungkan bibirnya ke arah belakang Faeq. Faeq memandang belakang membuatkan dirinya tersentak.

"Sejak bila kau ada sini?!"

Darin yang sedang memenuhkan mulutnya dengan karipap buatan Puan Hayati hanya tersengih saja. Tidak perasan pula lelaki ini ada di meja makan.

"Aku rindu kau. Aku datanglah"

Faeq hanya menggeleng sebelum dia mendekati sahabatnya. Darin bangun sebelum mereka berpelukan gaya lelaki.

"Dah balik tak bagitahu"

Darin tersenyum saja. Dia baru saja habis menyelesaikan tugasnya di laut. Terpaksa dia menghilangkan diri selama beberapa bulan.

"Saja nak suprise kau" Darin memegang bahu rakannya.

"Makin sado kau sekarang"

"Cakap jela aku hensem"

"Jangan nak merepek. Terkeluar karipap ibu kau nanti" Darin menjeling saja rakannya. Pantang puji dah sekarang.

"Ibu, Faeq pergi dululah"

"Tak sarapan dulu ke?"

"Balik nanti, Faeq sarapan. Simpan karipap, bu. Nanti habis beruk ni melantak" Darin memandang Faeq tidak percaya. Beruk?!

Darin sempat lagi mencapai sebiji karipap lalu mengenyitkan mata pada Puan Hayati. Karipap air tangan Puan Hayati memang tiada tandingannya.

Darin lantas mengejar Faeq yang sudah keluar dari rumah. Puan Hayati menggeleng saja. Daripada dulu, tak pernah tak berdua.

Hujung jari dibawa ke bawah menyentuh kaki. Dua lelaki itu kini tiba di tepi tasik. Memang ini rutin Faeq. Keluar berjoging. Hari ini tiba-tiba ada mamat ni sekali.

"Kerja kau macam mana?" Soal Darin.

"Macam tulah. Hari cuti pun kena kerja"

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now