Via duduk di beranda rumah milik NekMah. Majalah sentiasa di tangannya. Nak main gajet, internet pula tiada. Apalah nasib badan.
"Budak bandar bukan main seronok lagi goyang kaki dekat rumah"
Via mengeluh namun mata masih menatap majalah. Malas mahu melayan gadis itu.
"Aku selalu terfikir. Apalah yang ada pada kau sampai abang Faeq nak dekat kau?"
Via melipat majalahnya. Dia memandang wajah buruk itu.
"Kau tak terfikir pula kenapa Faeq tak inginkan kau?"
Via menjeling Azira. Suka betul mengganggu!
"Abang Faeq bukan tak nak aku. Dia kena paksa kahwin dengan kau!"
'Aku yang kena paksa! Bukan dialah!'
VROOM VROOM!
Kedengaran bunyi sebuah motorsikal menghampiri jalan ke rumah NekMah. Seorang lelaki memberhentikan motorsikal sebelum helmet dibuka. Azira tersenyum manis. Via membuat mimik muka menyampah.
"Hai, Azira" Megat menegur Azira namun matanya mencuri pandang Via yang sedang duduk di beranda.
"Siapa tu? Kawan kau ke?"
Megat menghampiri beranda. Via mengesot ke belakang.
"Hai, aku Megat"
"Tak tanya"
Huluran tangan ditarik semula. Megat tersenyum nipis.
"Azira, jom keluar jalan-jalan. Bawa dia ni sekali" Pelawa Megat.
"Aku mana boleh keluar. Lain kalilah. Tak pun kau bawa saja Via ni keluar. Kau pun bosan duduk rumah kan?"
"Oh nama Via eh? Lawa nama"
Megat mengeluarkan sebatang rokok sebelum dinyalakan api. Asap rokok dihembus ke Via. Via terbatuk lalu menjeling Megat.
"Jom, Via"
Megat menarik lengan baju Via. Via merentap kasar.
"Jangan sentuh aku"
"Jomlah. Aku bawa kau jalan ke air terjun"
Megat menarik pergelangan tangan Via kasar. Via terbangun dari duduknya.
"Lepaslah! Kenapa dengan kawan tak guna kau ni, Azira!"
"Bawa saja dia pergi!"
"Lepaslah!"
PANGG!
Terlepas pegangan Megat apabila Via menampar lelaki itu.
"Gila ke?! Faeq pun tak sentuh aku macam tu la!"
Via mengusap pergelangan tangannya.
"Dan takde siapa pun berani tampar aku macam tu!"
"Argh!"
Azira membulatkan mata apabila Megat menarik rambut Via. Azira sedaya-upaya melepaskan cengkaman Megat pada Via.
"Megat, sudah!"
"Megat Zafir!"
Megat melepaskan cengkaman apabila kereta Faeq memasuki halaman rumah. Encik Faisal melaung memanggil Megat.
"Lari! Lari!" Azira menolak tubuh Megat.
Megat lantas menghidupkan enjin motorsikal sebelum berlalu ke situ. Via terduduk di atas tanah. Faeq keluar dari kereta lalu mendapatkan wanita itu.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...