Bab 15

8 1 0
                                    

Via mengurangkan kelajuan kereta. Dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat peguam. Jalan licin dan penglihatan kurang jelas akibat hujan lebat.

Satu cahaya kenderaan yang datang dari arah hadapan menyilaukan mata. Kereta mula hilang kawalan lantas masuk ke dalam hutan. Via menekan brek mengejut membuatkan kepala terhentak kuat pada stereng kereta.

Via meringis sakit. Telefon dicapai sebelum nombor panggilan seseorang didail. Lama sebelum panggilan diangkat.

"A-Adreen.. Tolong I.."

"Via?"

Tanpa membuang masa, Via menghantar lokasi kepada lelaki itu. Via mematikan panggilan sebelum memejamkan mata. Kepalanya sakit.

Sepuluh minit berlalu, seseorang membuka pintu kereta Via. Adreen dengan wajah cemas cuba menyedarkan Via. Via membuka mata perlahan-lahan. Bibir tersenyum kecil apabila mata menyapa wajah itu.

Adreen mengangkat tubuh Via keluar sebelum dimasukkan ke dalam kereta miliknya. Hospital dituju.

. . . . . . . . . .

Adreen memapah Via duduk di kerusi. Via menyembunyikan senyuman manakala Adreen memandang kosong wanita itu.

"Adreen, boleh tak you tolong ikat-"

"I've told you. Don't ever contact me again" Dingin suara Adreen menegur Via.

"I minta maaf. I tak boleh fikir waktu tu. Jadi I call you je" Balas Via.

"You should call your husband"

"Faeq pun tak kisah pasal I. I just need you" Ujar Via perlahan. Adreen mengeluh lemah. Dia melutut sebelum tali kasut Via diikat kemas. Via menyembunyikan senyuman.

"Via!"

Dua manusia itu menoleh. Via menjeling apabila mata menyapa Faeq yang sedang menghampiri mereka. Adreen bangun menjauhi Via.

"Apa dah jadi ni?!"

Hampir luruh jantungnya apabila dia dimaklumkan bahawa wanita itu kemalangan.

"Jangan sibuklah" Via merentap tangan Faeq sebelum berdiri.

"She's okay. Doktor kata nasib baik hentaman tak kuat. Kereta licin" Ujar Adreen dingin. Faeq tidak memandang wajah Adreen.

"Aku gerak dulu" Adreen mempamitkan diri.

"Adreen!"

Baru saja Via ingin mencengkam baju milik Adreen, Faeq menyatukan tangannya dengan tangan wanita itu. Via memandang tajam lelaki itu.

"Lepaslah!" Pandangan menyapa tubuh Adreen yang semakin menjauh.

Faeq tidak mempedulikan rontaan Via malah menarik wanita itu keluar. Pandangan orang sekeliling menghentikan perbuatan wanita itu. Via mencebik geram.

Faeq memberhentikan kereta.

"Tunggu sini. Saya ambil payung"

Wanita itu tidak mempedulikan kata-kata itu sebelum membuka langkah pergi.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now