Bab 28

5 1 0
                                    

Via memberhentikan kereta di hadapan rumah teres itu. Kelihatan pagar rumah terbuka. Seketika, kelibat seorang budak lelaki kelihatan. Via keluar lalu menghampiri budak itu.

"Atiq" Panggil Via. Atiq memandang wajah Via tanpa reaksi.

"Kenapa Aunty datang sini?"

Via terdiam.

"Atiq cakap dengan siapa?"

Nurin mendekati anaknya sebelum tergamam memandang Via yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Akak"

Nurin memandang sekilas perut buncit Via sebelum dia menarik Atiq masuk ke dalam.

"Via menyesal, kak"

Terhenti langkah Nurin. Dia menyuruh Atiq masuk ke dalam rumah.

"Via dah takde sesiapa. Faeq pun dah taknak kan Via. Via cuma ada akak je" Rayu Via.

"Via tak nak bermasam muka dengan akak. Akak sayang Via, kan?"

"Pergi, Via" Ujar Nurin sepatah sebelum masuk ke dalam rumah. Pagar tertutup secara automatik.

Nurin memandang Wais yang sedang menonton televisyen bersama Atiq.

"Sampai bila awak nak berkeras hati dengan adik awak sendiri?" Soal Wais. Dia tidak suka dua beradik itu bermasam muka.

"Saya tak boleh tengok muka dia, bang. Saya jadi marah dan kecewa" Ujar Nurin.

"Jangan sampai awak yang menyesal, sayang" Tegur Wais. Nurin diam saja.

. . . . . . . . . . .

"Argh!"

Via duduk bersandarkan katil di atas lantai. Perit dirasai membuatkan dia tak mampu berdiri.

"Via?"

Kedengaran suara Faeq dari luar bilik. Lelaki itu cuba membuka pintu namun dikunci dari dalam.

"Faeq! Awak.." Via memejam mata menahan sakit.

"Bukalah pintu ni!" Makin cemas lelaki itu apabila terdengar suara tangisan Via.

BAMM!

Pintu dihempas Faeq lalu lelaki itu laju mendekati sang isteri.

"Kenapa? Nak beranak dah ke?"

"Awak.." Via tercebik ingin menangis.

"Kaki saya sakit.."

Faeq mengeluh lega. Ingatkan apalah tadi. Naik gila dia merempuh masuk. Nasib baik tak tercabut pintu.

"Kaki saya kebas. Berdiri pun tak boleh"

Faeq memandang Via tajam. Via menunduk. Takut akan pandangan itu.

"Takpelah. Awak keluar. Saya minta maaf kacau awak buat kerja"

Via sedaya upaya bangun dengan sendiri. Hatinya jangan dikatalah. Terasa dengan pandangan Faeq.

Melihat Via yang susah payah ingin bangkit, tangan Faeq dibawa ke bawah lutut Via lalu mengangkat tubuh itu. Via diletakkan perlahan di atas katil.

Faeq membuka laci sebelum mencari minyak untuk disapu.

"Awak takpelah. Saya buat sendiri"

"Duduk diam"

Terhenti pergerakan Via yang ingin mengesot turun dari katil. Via menyandarkan semula tubuhnya.

Via tersenyum kecil. Dia memandang saja wajah Faeq yang serius mengurut kakinya.

"Awak masih marah saya?" Soal Via ragu-ragu. Faeq tidak menjawab.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now