Bab 18

1 1 0
                                    

Dua kubur yang masih merah dikelilingi rakan kenalan dan keluarga si mati.

"Mama.. Jangan tinggalkan, Nurin.."

Wais memeluk isterinya. Nurin tidak berhenti menangis sejak pagi tadi. Atiq ditinggalkan di rumah datuk dan nenek sebelah Wais.

Via duduk termenung di hadapan dua kubur itu. Wajahnya kosong. Mata bengkak akibat terlalu banyak menangis. Faeq melayan ahli keluarga dan juga kenalan mereka yang hadir.

Hari kian menginjak tengahari. Nurin mula bangkit. Wais memapah isterinya. Via yang melihat Nurin ingin berlalu pergi lantas bangun lalu memegang tangan sang kakak.

"A-akak nak k-kemana?"

Nurin memusingkan tubuh memandang Via. Kosong riak wajah sang kakak.

"Sekarang puas hati kau?"

Via tergamam.

"Via tak sengaja, kak! Bukan niat Via nak-"

PANGG!

Sekali lagi Via terkedu menerima tamparan itu. Wais menahan isterinya daripada bertindak melulu. Emosi mempengaruhi wanita itu.

"Kau bukan saja seorang anak dan adik tak guna malah seorang isteri derhaka! Selagi kau tak minta ampun dan berbaik dengan Faeq, aku takkan anggap kau adik!"

"Jadi akak pun nak buang Via macam mama papa?!"

Terhenti langkah Nurin.

"Jangan kau sebut pasal diorang! Disebabkan dengki, hati kau jadi hitam!"

"Sayang, sudah. Jom kita balik" Wais menarik tangan Nurin pergi. Makin lama disitu, makin mengusik emosi sang isteri.

Via memandang pemergian kakaknya. Dia duduk kembali di tepi kubur ibu bapanya.

"Saya tunggu dalam kereta" Ujar Faeq.

"Tak perlu. Kau baliklah"

"Saya tunggu dalam kereta" Ujar Faeq lantas dia berlalu pergi.

Via memandang sayu nama terpahat pada dua batu nisan tu. Sungguh, dia terasa akan pemergian kedua orang tua. Mereka terlalu sakit ke sehingga Tuhan memanggil mereka pergi?

Via berlalu ke kereta milik Faeq. Via membuka pintu kereta. Kelihatan Faeq menyandarkan kepala pada seat kereta sambil memejam mata. Sedar akan kehadiran Via, Faeq bangun. Dia menghidupkan enjin kereta sebelum mereka berlalu pergi.


Mereka tiba di rumah milik keluarga mereka. Via turun dari kereta. Kelihatan Mak Khalida bersama Pak Husin di hadapan rumah. Mereka juga baru pulang dari tanah perkuburan. Via dan Faeq menghampiri mereka.

"Nanti kita buat tahlil. Kita uruskan sama-sama" Ujar Pak Husin.

"Terima kasih, Pak Husin" Ujar Faeq. Pak Husin memandang Via yang sedari tadi menunduk.

"Faeq, Pak Husin nak cakap dengan Via sekejap"

Faeq mengangguk saja.

"Saya pergi kemas barang" Ujar Faeq sebelum dia masuk ke dalam rumah bersama Mak Khalida. Dia perlu mengemas bilik arwah.

Via duduk di atas buaian di tepi kolam belakang rumahnya. Dia mengesat airmatanya kasar. Tidak mahu kelihatan lemah.

"Ehem, ehem" Deheman seseorang kedengaran. Via tersenyum nipis kepada lelaki berusia itu.

"Boleh Pak Husin duduk?" Via mengangguk. Dia mengalihkan badannya ketepi memberi ruang pada lelaki itu.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now