Tersentak Via apabila bunyi kaca pecah kedengaran dari tingkat atas. Via lantas berjalan laju menuju ke tingkat dua.
"Iza?" Via lekas membuka pintu bilik tetamu. Membulat matanya melihat kaca bertaburan di lantai bersama Iza yang merintis kesakitan.
"Iza!"
Arina yang terjaga kalut melihat anaknya sebelum dia menolak tubuh Via. Via tidak dapat mengimbangi badannya lalu kaki terpijak serpihan kaca.
"Apa kau buat ni?!" Marah Arina.
"Aku suruh kau tengokkan dia! Susah sangat ke?!" Arina menjerkah wanita itu.
"Tak pasal-pasal anak aku cedera!" Cemas Arina apabila tangan anaknya dipenuhi darah.
"Iza okay ke sayang? Jom mama bawa ke klinik"
"Mama sakit.."
"Ya, mama tahu. Jom" Baru saja Arina ingin mendukung anaknya, satu suara garau menegur mereka.
"Astaghfirullahalazim. Apa dah jadi ni?" Faeq dengan pakaian kemeja Polo dan seluar jean hitam baru pulang dari kerja mendekati mereka di bilik itu. Riak wajahnya dingin saja.
"Entah tak tahu macam mana si Via ni tengokkan Iza. Sampai luka budak ni" Arina menjeling Via yang hanya menekur lantai. Faeq tidak menoleh ke arah isterinya malah menunduk menyamai paras ketinggian Iza.
"Iza okay?"
Iza menggeleng perlahan.
"Iza kan kuat? Lepas ni mama hantar Iza pergi klinik. Iza janji dengan uncle, Iza tak nangis" Faeq menunjukkan jari kelingkingnya. Iza mencantumkan jarinya pada jari kelingking Faeq.
"Iza janji tak nangis. Iza nak jadi kuat macam uncle" Ujar si polos Iza. Faeq tersenyum lucu pada anak buahnya.
"Akak boleh pergi sendiri atau nak Faeq temankan?"
"Tak payah. Akak boleh hantar sendiri anak akak. Harapkan orang nanti entah apa lagi yang jadi" Arina berdiri sambil mendukung anaknya. Sebelum dia keluar daripada bilik itu, sempat lagi dia menoleh pada Via.
"Kalau macam ni lah cara kau, lebih baik tak payah beranak. Tak pun kau bagi saja anak kau tu pada Faeq jaga. Kalau nak jadi isteri pun tak mampu, jadi ibu lagi tak layaklah" Arina terus keluar daripada bilik itu.
Jujur, kata-kata itu memakan hati kecil Via. Sedaya-upaya dia menahan tangisan. Dia memandang ke bawah sebelum menunduk. Susah baginya kerana perutnya yang besar. Tapi siapa lagi yang mahu bersihkan kaca-kaca ni?
Perlahan-lahan, tangan Via mencapai serpihan kaca. Dia tidak boleh bergerak.
"Biar je situ. Pergi masuk bilik" Arahan daripada suara garau itu tidak diendahkan. Dia terus mengutip serpihan kaca itu.
"Biar je! Pekak ke apa?!"
Tersentak Via dengan jerkahan itu. Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Jarinya terhiris akibat dijerkah sebegitu. Kenapa dirinya terasa lemah disaat ini?
Via berdiri. Dia berpaling sebelum berjalan keluar. Faeq hanya memerhatikan tingkah laku wanita itu sebelum matanya jatuh pada lantai.
Beberapa langkah saja, kaki Via terasa lemah. Faeq lantas menyambut tubuh itu.
Mata terpejam rapat.. . . . . . . . . .
Faeq keluar dari bilik air dengan uniformnya. Kelibat Via tidak kelihatan.
Seketika, suara nyanyian seseorang kedengaran. Faeq mencari sumber suara itu. Dia berhenti di hadapan bilik tetamu. Pintu yang terbuka sedikit diintai.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...