Bab 23

6 1 0
                                    

Amira memandang wajah Faeq penuh harapan supaya lelaki itu percaya.

"Memang malam tu I dengan you tapi Via tak sanggup teruskan. Jadi, dia batalkan semua rancangan dia. Pagi tu pula selepas bersama dengan you, Via rasa dia dah khianat cinta Adreen. End up, Via call I untuk berlakon" Terang Amira.

"Jadi kenapa kau tak beritahu perkara sebenar masa aku heret kau?"

"Plan B"

"Kau ingat aku boleh percaya semudah tu saja? Kenapa kau bagitahu semua ni?"

"I ikut rancangan Via sebab I ingatkan bila you berpisah dengan Via, I akan dapat you. Tapi I salah, Faeq. Selamanya I takkan dapat you. Dan sekarang Via pun dah sedar. Dia takkan dapat Adreen walau dengan cara apa sekalipun"

Amira menahan sebak.

"I minta ampun, Faeq. I tahu you dah lama cintakan Via. I mohon pada you. Berilah Via peluang kedua"

"Hal rumah tangga aku, biar aku yang selesaikan. Lepas ni, aku dah tak nak tengok lagi muka kau" Faeq menuding jari di hadapan wajah Amira sebelum berlalu pergi.

Faeq memicit kepalanya. Entah mengapa dia tidak dapat fokus untuk membuat kerja. Seketika, datang seorang polis bawahan menegur Faeq.

"Ada orang nak jumpa tuan. Katanya isteri tuan"

"Dia dekat mana"

"Dewan"

Faeq mengangguk. Polis bawahan itu beredar setelah memaklumkan kehadiran Via. Faeq mendengus geram. Kenapa ada saja orang nak ganggu dia?!

Faeq keluar menuju ke dewan. Dari jauh, dia melihat Via sedang bermain dengan seekor kucing. Faeq secara senyap mendekati wanita itu.

"Comelnya awak ni.."

Via tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun. Faeq terpaku. Kali terakhir dia lihat senyuman itu pun dia tidak tahu.

Via memandang belakang. Dia bangun lalu mendekati Faeq. Faeq masih terkaku sendiri.

"Faeq?"

"Faeq!"

Faeq mengelipkan mata beberapa kali. Wajah berubah dingin semula.

"Kau buat apa datang sini?"

"Saja datang melawat. Saya ada bawa makanan" Via menghulurkan sebuah mangkuk bertingkat kepada lelaki itu.

"Kan aku dah kata. Tak payah masak"

"Faeq, ambillah" Rayu Via. Faeq mengeluh sebelum menyambut huluran itu. Via tersenyum nipis.

"Pergi balik. Aku sibuk. Dan jangan datang sini tanpa pengetahuan aku"

"Ala kalau saya bagitahu, bukan suprise lah"

Faeq mendekatkan wajahnya pada Via. Seakan ingin memarahinya.

"Kau ni-"

CUPP!

Faeq terdiam. Via tersenyum sebelum beredar dari situ. Pipi merahnya ditekup perlahan. Faeq memandang pemergian wanita itu sebelum tersenyum kecil.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now