PAKK
Lima keping foto dibaling kasar ke atas meja. Adreen mencapai kepingan foto itu sebelum meneliti satu persatu bersama Via di sebelahnya. Foto mereka berdua. Mengeluh dua manusia itu.
"Cikgu faham kalau kamu suka sama suka. Tapi ini sekolah, bukan tempat berzina! Jangan nak tunjuk yang kamu bahagia bercinta dalam sekolah ni. Sekolah tempat menuntut ilmu, bukan tempat bercinta! Sedar diri sikit ya, kamu tu akan menghadapi SPM tak lama lagi. Jangan buang masa dengan benda tak berfaedah"
Adreen mendengus kasar. Bernanah telinga mendengar bebelan guru disiplin ini. Bukan baru sekali, dah berpuluh kali mereka masuk ke dalam bilik ini.
"Cikgu, kami tak buat apa-apa yang salah pun. Kami datang sekolah pun untuk belajar. Kalau kami nak bercinta pun, tak perlu tunggu dekat sekolahlah" Jawab Adreen.
"Menjawab! Tak pernah nak dengar kata. Mulai hari ini, saya tak nak dengar lagi ada yang mengadu pasal kamu berdua"
Via mengangkat muka.
"Siapa yang mengadu pasal kami, cikgu? Siapa?" Dingin suara Via.
"Pengawas yang mengadu pada saya. Memang itu kerja mereka. Tapi cukuplah Via. Saya dah muak dengar pengawas mengadu pasal awak berdating dengan Adreen"
Via tersenyum sinis. Mesti kerja lelaki tu.
Via lantas berpaling lalu laju kakinya keluar daripada bilik itu.
"Via! Kamu nak kemana?! Saya tak habis cakap lagi!"
Kakinya melangkah ke kelas sebelum meja seseorang dihentak kasar.
BAMM!
Terhinjut bahu lelaki itu yang sedang fokus membaca buku. Faeq memandang saja wajah merah Via.
"Via, kenapa ni?"
"Aku nak cakap dengan kau sekejap"
Via keluar daripada bilik itu. Faeq yang terpinga-pinga itu segera mengikut langkah Via. Darin di sebelahnya memejam mata menahan sabar dengan perangai gadis itu.
"Aku ke perempuan ni memang mati karang" Rungut Darin.
"Eh, dah kenapa dengan si Via tu?"
Ain Adura mula cemas. Dia mengintai di sebalik tingkap melihat dua manusia itu sedang berbual di tepi padang sekolah.
Amira dan Azalea juga mengintai di sebalik tingkap. Ain Adura mencapai buku sebelum menggulung buku tersebut.
PAKK!
PAKK!
Dipukul kepala dua manusia itu.
"Jangan menyibuklah!"
"Apa masalah kau ni, perempuan?" Marah Azalea.
"Ha apa? Nak lawan?" Balas Ain Adura. Darin memandang Ain Adura pelik. Entah apa-apa.
Faeq menatap wajah cantik di hadapannya.
"Ada apa ni, Via? Macam marah je"
"Ya, memang aku marah. Aku marah sebab selama ni kau selalu ganggu hidup aku!"
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...