Bab 17

3 1 0
                                    

Via membuka mata perlahan-lahan. Dia dibaringkan di atas sebuah katil di dalam sebuah bilik hotel. Kaki dan tangan tidak diikat. Siapa gerangan yang menculiknya?Telefon dicari namun tidak dijumpai. Via sedaya-upaya menahan getar.

Seketika, bunyi pintu bilik dibuka kedengaran. Via bangun lalu mencapai lampu kecil di tepi katil. Dua orang lelaki masuk. Mereka tergelak kecil melihat Via yang sedang mengacukan senjata.

"Jangan dekat!"

Seorang lelaki duduk di sofa manakala seorang lagi mendekati Via.

"You look pretty, girl. That's why Inspector Faeq loves you so much"

Via mengerutkan dahi.

"Oh she looks like she know nothing"

Via memandang kedua wajah lelaki itu.

"What do you guys want? Lepaskan akulah!"

"We didn't want anything from you. You're just a bait"

"What bait?"

"You should ask your husband. He kinda have a lot of secrets"

Lelaki itu tergelak sinis.

"But if he late.."

Lelaki itu mula naik ke atas katil. Via mengundur ke belakang sehingga tubuhnya berlaga dinding.

PRANG!

Via terkejut apabila lelaki itu menepis lampu di tangannya. Via mengecilkan tubuh.

"Jangan sentuh aku!"

Seketika, telefon seseorang berdering. Lelaki itu mengeluarkan telefon dari dalam poket lalu ditunjukkan pada Via. Via membulatkan mata. Macam mana telefon dia ada pada lelaki itu?

"Answer it"

Lelaki itu mengangkat panggilan daripada Amira. Pembesar suara dihidupkan.

"Via! Kemana kau menghilang?! Aku mesej tak balas!"

Via menarik nafas dalam.

"Sorry, Amira. Aku tak perasan. Ada apa?"

"Aku dapat info. Alisa's pregnant!"

Via terkesima. P-pregnant?

"Via? Dengar tak?!"

"Asal kau diam?! Aduh habislah plan kita, Via!"

"Nanti kita bincang balik"

"Okay. Roger"

Panggilan dimatikan.

"Looks like someone's break your heart" Perli lelaki itu.

"Shut the fuck up"

"Then, let's continue"

"Gila!"

BAMM!

Dua lelaki itu menoleh. Faeq dengan wajah bengis masuk ke dalam bilik itu. Via lantas menolak tubuh lelaki di hadapannya lalu berlari mendapatkan Faeq.

"Wow so sweet!"

Mata helang Faeq memandang tajam dua lelaki itu.

"You should tell her, Inspector. You bring her to this country as a bait, right?"

"Apa maksud diorang, Faeq?" Soal Via.

"Tell him. Don't touch my woman and come face me" Arahan keras diberikan. Dia membawa Via keluar dari situ.

BAMM!

Via menutup pintu kereta kasar.

"Via!" Faeq memegang tangan Via.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now