Kerana Dia, Via

Kerana Dia, Via

  • WpView
    Reads 1,216
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadComplete Sat, Oct 18, 2025
Via Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring dan juga saingannya dalam merebut si buah hati. Tiada lagi cara, Faeq mula meluahkan rasa hatinya. Malangnya, dibalas dengan kata nafian. Faeq mengundurkan diri. Sepuluh tahun berlalu, mereka dipertemukan semula. Faeq kian menyedari, gadis yang dicintainya dulu kini sudah berbeza. Gadis yang dulunya cantik, diminati ramai, terurus dan riang kini bertukar suram. Atas kehendak ibu dan bapa gadis itu, Via dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Siapa sangka, Via disatukan dengan lelaki yang tidak disukainya. Hari-hari tanpa lelah, Via menolak cinta Faeq namun Faeq sebaliknya. Sedaya-upaya dia berusaha memenangi hati wanita itu walaupun Via masih dengan harapannya untuk kembali kepada Adreen. Bagai wanita tiada maruah, satu peristiwa yang dirancang Via membuatkan hati Faeq mula jauh. Lelaki itu akhirnya membawa diri, merawat hati yang terluka. Setelah kejadian itu, masihkah Via meneruskan usaha untuk mendapatkan si buah hati? Bagaimana dengan Faeq yang semakin terguris hatinya? Adakah Adreen akan menerima wanita itu semula? Takdir yang mana akan menemui mereka? "Tiada yang mampu menggantikan dirinya. Kerana dia, Via"
All Rights Reserved
#415
sadromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tepat Memiliki
  • 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • DIA ATAU AKU?
  • BIDADARI MILIK DIA
  • Farhat's
  • Make Her My Naseeb | C |
  • Anugerah Terindah [C]
  • (Completed√) DANGEROUS SOUL
  • Selamanya Dalam Hati (Complete)
  • SALAHKAN AKU

[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?

More details
WpActionLinkContent Guidelines