Bab 13

13 1 0
                                    

Sepanjang perjalanan, Via diam saja merenung luar tingkap.

"Saya tahu awak tak biasa. Lagipun duduk rumah tanpa ibu bapakan lagi seronok. Kita boleh berdikari dan buat kerja sendiri" Pujuk Faeq. Via masih diam saja memandang luar tingkap.

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Malas-malas, Via keluar dari kereta. Dia berdiri saja menunggu lelaki itu membuka pintu.

Via memandang bahagian dalam rumah. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil.

"Aku beli rumah sederhana. Nanti besar sangat, penat nak kemas. Lagipun kita berdua saja" Ujar Faeq yang sedang mengangkut barang.

"Bila dah ada anak nanti, aku belikan rumah lain" Via memandang tajam lelaki itu. Dia menghampiri Faeq.

"Aku dah cukup rimas dengan ayat kau, Faeq. Boleh diam tak?"

Via merampas luggage di tangan Faeq. Lelaki itu menghalang Via.

"Nak kemana?"

"Masuk bilik akulah"

"Bilik ki-"

"Kau cakap lagi benda merepek, aku lari dari sini!" Jerkah Via.

Dia menarik luggage masuk ke dalam salah satu bilik. Faeq membiarkan saja. Biarlah Via membiasakan diri dulu.

TOKK TOKK!

"Via?"

Faeq memanggil nama wanita itu. Dari semalam dia tidak keluar bilik.

TOKK TOKK!

"Ish apa dia ketuk ket-"

Terhenti ayat Via apabila dia memandang Faeq berpakaian smart casual bersama cap di kepala. Via mengalihkan pandangan.

"Dari semalam awak tak makan. Saya ada belikan nasi. Saya nak pergi kerja dah ni" Ujar Faeq, tersenyum.

"Apa-apa jela" Ujar Via dingin. Faeq tersenyum nipis.

"Saya pergi dulu. Apa-apa telefon. Jangan keluar rumah sesuka hati. Awak tak biasa lagi dengan tempat ni"

Faeq menghulurkan tangan. Via memandang lama tangan itu sebelum masuk semula ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat. Faeq tersenyum nipis. Dia berlalu pergi.

. . . . . . . . . .

"Hm wangi bau bunga ni, mummy!"

"Kan?"

Datin Raudhah tersenyum saja. Terasa hilang bosan apabila rumah ini menerima kehadiran menantu.

Alisa menyucuk batang bunga ros ke dalam tanah. Disebabkan ajakan ibu mertuanya berkebun, dia jadi minat pula pada tumbuhan berbunga. Cantik. Sedap mata memandang.

"Alisa masuk kerja bila?" Soal Datin Raudhah.

"Ikutkan minggu depan. Tapi Adreen tak nak Lisa kerja"

"Mummy tak kisah, sayang. Kalau Adreen kata macam tu, terpulang pada Lisa" Jawab Datin Raudhah.

"Kalau Lisa tak kerja, Lisa boleh teman mummy dekat rumah. Adreen dengan daddy asyik kerja je"

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now