Bab 16

4 1 0
                                    

"Mama!"

Via mendekati Datin Avina. Faeq keluar dari kereta.

"Ya Allah ma! Faeq minta maaf!"

Faeq menolong Datin Avina bangun.

"Apa masalah kau, Faeq? Kalau tak tahu bawa kereta, jangan bawa kereta!" Marah Via.

"Via, Faeq tak sengajalah. Mama yang keluar meluru tadi" Tegur Datin Avina.

"Nasib baik tak jadi apa-apa. Degil betul!" Dato Ghazali memandang Via tajam. Via membiarkan saja. Gila punya orang tua.

"Faeq bawalah Via balik. Mama dan papa nak tidur dah. Dah lewat ni" Ujar Dato Ghazali.

Faeq mengangguk saja. Dia memandang Via. Tepi bibir Via yang pecah menarik perhatian Faeq. Tahulah dia pasti kerja Dato Ghazali.

"Jom balik"

"Aku tak-"

"Kita perlu bincang"

Wajah serius Faeq dipandang tajam. Via menghentak kaki sebelum bergerak masuk ke dalam kereta. Kereta dibawa ke rumah mereka.

Tiba di rumah, Via lantas meluru masuk. Malas mahu bertekak dengan Faeq.

"Via Larisa"

Via menghentikan langkah. Apa lagi Ya Allah?!

"Awak pergi mana? Tiba-tiba hilang. Risau saya"

"Aku ada hal tadi. Aku naik atas dulu"

"Saya singgah rumah Adreen tadi"

Terhenti langkah Via.

"Adreen cerita semua dekat saya. Apa awak fikir awak buat, Via? Mana maruah awak sebagai seorang wanita?"

Via diam.

"Kalau awak tak nak fikir perasaan saya, awak fikirlah perasaan Alisa. Ataupun perasaan mama papa awak"

"Penting sangat ke perasaan diorang sedangkan perasaan aku terabai macam tu je? Mama dan papa harapkan aku untuk cintakan kau sebagai seorang suami. Alisa dan Adreen cintakan satu sama lain sampaikan aku terseksa. Tiada seorang pun yang kisah, Faeq! Kenapa perlu aku kisah pasal diorang?!"

"Untuk bantu awak lupakan kisah silam awak. Kenapa awak masih duduk dalam kisah lama awak yang dah tak lagi wujud?" Soal Faeq. Via diam.

"Bukan sesenang itu, Faeq. Kau takkan faham. Tiada siapa faham"

Faeq mendekati Via sebelum tangan Via direntap. Lengan baju Via diselak sehingga menampakkan kesan torehan.

"Pernah ke saya sentuh awak? Lukakan tubuh awak?" Soal Faeq kecewa.

"Even saya ada hak pada awak sekalipun, saya abaikan saja, Via. Inikan saya nak lukakan tubuh orang yang saya sayang" Jelas kedengaran kekecewaan dalam suara lelaki itu.

"Kalau awak buat semua ni untuk pisahkan kita dan dapatkan Adreen, awak silap. Adreen tetap dengan Alisa dan saya tetap dengan awak. Berhentilah, Via. Saya tak nak awak menyesal kemudian hari"

Faeq naik ke tingkat atas meninggalkan Via yang masih statik di tempatnya.

. . . . . . . . . . .

Faeq duduk di kerusi di meja kerjanya. Wajah diraup kasar.

"Ada apa, Faeq? Dari semalam lagi kamu nampak tak bermaya"

Inspektor Azlan memandang wajah anak buahnya itu. Faeq tersenyum nipis sebelum menggeleng perlahan.

"Takde apa, tuan"

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now