Bab 24

5 2 0
                                    

Suasana di dalam kereta sunyi saja. Via tidak membuka mulut apatah lagi Faeq yang hanya fokus memandu.

Faeq membuka signal kanan sebelum membelok. Kereta berhenti di hadapan sebuah masjid. Tanpa berkata, Faeq keluar dari kereta. Via mencari sesuatu di tempat duduk belakang sebelum dia juga keluar dari kereta.

Hampir lima belas minit di dalam masjid, Faeq menuju semula ke kereta. Terkejut dirinya apabila Via tiada di dalam kereta. Faeq menekan nombor panggilan wanita itu.

"Saya dekat sini"

Faeq menoleh belakang. Kelihatan Via tersenyum ke arahnya.

"Kau pergi mana?"

"Solatlah" Ujar Via sebelum dia lantas memandang ke arah lain. Malu mungkin.

"Masuk"

"Faeq, saya nak ke sana sekejap" Via menunjuk ke arah pasar mini di seberang jalan. Via mengusap perut buncitnya memberi isyarat lapar.

Tiada respon dari Faeq, Via bergerak ke tepi jalanraya. Via memandang kiri dan kanan. Banyaknya kereta!

Seketika, satu tangan menggenggam tangan milik Via. Via memandang Faeq yang sedang melihat keadaan jalanraya.

Setelah memastikan keadaan selamat, Faeq menarik Via melintas jalan. Via terpaku memandang wajah Faeq. Perasaan apa ni? Dia pun tidak tahu.

Via meneliti setiap jualan di semua gerai. Faeq hanya mengikut langkah kecil wanita itu. Sesekali, Faeq menolak bahu Via lembut dari berlaga dengan orang ramai.

Via menelan air liur. Semua nampak sedap! Via singgah di gerai menjual dessert. Kek strawberi dan tart telur menjadi pilihan Via. Duit dikeluarkan dari beg.

"Nah kak" Faeq menghulurkan wangnya.

"Eh takpelah kak. Ambil duit saya"

Faeq memandang Via tajam. Via diam saja. Via bergerak ke gerai berikutnya.

"Kita beli buah untuk ibu abah nak tak?" Ujar Via teruja. Via memilih buah-buahan. Faeq hanya menurut saja. Dia membayar kesemua makanan dan minuman yang dibeli oleh wanita itu. Selesai, mereka bergerak semula ke kampung.

Kereta milik Faeq berhenti di halaman rumah NekMah. Mereka berdua disambut oleh NekMah, TokYah, Puan Hayati, Encik Faisal dan juga keluarga Puan Haziqah.

Via keluar lalu menyalam tangan keluarga mertuanya. Puan Hayati memeluk erat menantu.

"Lamanya ibu tak jumpa menantu ibu ni! Sampai dah berbadan dua!"

Via tersenyum. Dia memandang wajah pucat Puan Hayati. Wanita ini sakit ke?

"Abah"

Faeq menyalam tangan sang bapa. Keluarga Puan Haziqah memandang dingin pasangan itu. Azira tersenyum menegur Faeq.

"Mana bakal suami?"

"Baru saja balik. Ada urusan katanya. Esok dia datanglah" Balas Azira.

"Eh marilah masuk. Angkat barang tu" Ujar NekMah.

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now