DINGG DONGG
Loceng ditekan beberapa kali. Via mengintai di sebalik pagar rumah. Hari sudah mendung. Mungkin hujan akan turun.
Loceng rumah banglo dua tingkat itu ditekan lagi supaya penghuni di dalam rumah mendengar.
"Assalamualaikum mummy!" Via menjerit memanggil tuan rumah.
Terasa air menitik ke atas kulitnya. Hujan mula turun renyai-renyai.
"Mummy? Via ni!" Laung Via.
Hujan semakin lebat. Airmata mula turun membasahi pipi.
"Mummy.."
Hujan mula melencunkan pakaiannya.
"Mummy! Via tahu mummy ada dekat dalam! Via nak jumpa mummy sekejap je!"
Via mula memeluk dirinya. Sejuk.
"K-kenapa mummy?"
Airmata menitik bersama air hujan.
"Kenapa mummy setuju? Kenapa Adreen kahwin dengan Alisa? Mummy kenal Via kan? Kesiankanlah Via, mummy. Please.."
"Hiks.."
Via memegang pagar rumah itu. Perlahan-lahan dia jatuh.
"Via cintakan Adreen, mummy. Apa salah Via pada dia?"
Datin Raudhah menekup mulutnya. Dia memandang Via dari tingkap bahagian atas rumahnya. Sebak mula bertandang.
"Maafkan mummy, Via. Mummy cuba sebaik mungkin. Tapi mummy tak boleh paksa Adreen. Adreen anak mummy.."
Seribu rasa, sejuta kata~
Yang pernah kau bisikkan~
Kupercaya.
Dan terbang dalam angan terindah~
Cinta dan setia.
Kau yang memiliki jiwaku~
Seharusnya kisah kita bahagia~
Cinta yang tak pernah aku rasakan~
Musnah demi sebuah dusta.
. . . . . . . . . .
"Via?"
Datin Avina mengetuk pintu bilik anak gadisnya. Rutin setiap hari. Dia akan mengetuk pintu bilik anak itu. Tidak jemu.
Sebak bertandang. Entah sampai bila anak itu ingin bertingkah laku seperti ini. Dia rindukan Via yang dulu. Ceria dan selalu tersenyum.
"Dalam lima minit lagi, keluarga bakal suami kamu sampai. Makan malam dah siap. Mak Khalida pun ada sekali. Turun ya, nak? Kita kena sambu-"
Belum sempat Datin Avina menghabiskan ayatnya, pintu bilik terbuka. Via berdiri di hadapan ibunya. Masam dan pucat saja wajah gadis itu.
YOU ARE READING
Kerana Dia, Via
RomanceVia Larisa. Gadis yang dicintai Faeq Nadyan pada pandangan pertama. Dalam diam, lelaki itu cuba meraih perhatian sang gadis namun hampa apabila gadis itu hanya memandangnya sebelah mata. Kehadiran Adreen Erfan, saingannya dalam sukan bola jaring da...