Bab 19

4 1 0
                                    

Via bangun dari tidur. Tekak terasa haus pula. Via turun ke bawah menuju ke dapur.

KREKK!

Kedengaran suara pagar tergeser dengan alatan tajam. Terhenti pergerakan Via. Sudahlah dia tidak membuka lampu. Via memandang ke tingkap dapur. Tiada apa-apa.

KREKK!

"Arg-"

Tidak sempat Via mahu menjerit, satu tangan menekup mulutnya. Faeq memberi isyarat supaya diam. Faeq mengintai di sebalik tingkap.

PRANGG!

"Argh!"

Menjerit Via apabila cermin tingkap dipecahkan dari luar.

"Naik atas!"

Via teragak-agak untuk pergi.

"Pergi naik!" Jerkah Faeq. Via lantas membuka langkah naik ke tingkat atas. Via masuk ke dalam bilik sebelum mengunci pintu. Via mengundur. Siapa tadi tu?

BUKK!

Terhenti langkah Via apabila belakang tubuhnya bertemu tubuh seseorang.

"Thanks to you, I knew Faeq's location"

Via membulatkan mata.

"Faeq!"

Lelaki di belakang Via menekup mulut wanita itu. Via memijak kaki lelaki itu. Via lantas berlari ingin membuka pintu. Kunci!

BUKK!

Terkaku tubuh Via apabila kepalanya dihentak sesuatu. Via terkulai lemah.

BUKK!

Faeq menumbuk musuhnya sebelum diikat menggunakan tali. Faeq bergegas lari ke tingkat atas apabila mendengar bunyi hentakan kuat. Pintu bilik diketuk dan nama wanita itu dilaung berkali-kali. Tiada respon. Faeq menganjak ke belakang sebelum..

BAMM!

Faeq merempuh pintu bilik. Via bersama darah di kepala terbaring lemah di belakang pintu. Faeq lantas memangku kepala sang isteri. Getaran ditahan sebaik mungkin.

"V-Via?"

"Sayang.."

Darah di dahi wanita itu dilap lembut. Faeq memandang sliding door yang sudah pecah. Tulisan darah pada sliding door dipandang tajam.

See you again, Inspector.

Tanpa membuang masa, Faeq mengangkat tubuh Via lalu bergerak ke hospital. Sementara itu, sempat Faeq menelefon anak buahnya di pejabat.

"Ya, tuan?"

"David serang lagi. Jejak binatang tu sampai dapat!"

"B-baik, tuan!"

Wajah pucat Via dipandang sayu. Jari-jemari wanita itu dipegang lembut. Dia sebagai seorang suami tidak pernah menyentuh mahupun menjentik sang isteri. Mengapa mereka menganiaya wanita ini?

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now