Bab 6

27 1 0
                                    

"V-via?"

Mata gadis itu merah. Menahan sedih dan geram. Bibir Faeq terkunci. Bagaimana dia tidak mengenali gadis ini? Sukar untuk dia percaya gadis ini berada di hadapannya.

Wajah Via Larisa menyapa penglihatan. Bibir dan wajah gadis itu pucat. Rambut yang tidak terurus. Berat badan yang semakin susut.

"Via, apa jadi dengan kau?"

Ain Adura terkejut melihat perubahan gadis itu. Gadis yang dulunya cantik dan kemas kini bertukar suram.

"Ulang balik ayat you tadi, Adreen"

Via memandang lelaki itu tajam. Adreen mengeluh lemah. Hanya lelaki itu saja yang tidak terkejut akan kehadiran gadis ini.

"You tahu Via kerja sini, Adreen?"

Alisa mula tidak senang duduk. Adreen diam saja tidak menjawab.

"Yes, he knew. Dia tahu aku kerja disini sebab tu dia bawa korang datang sini untuk umumkan perkahwinan bodoh dia!"

Terhinjut bahu Ain mendengar jerkahan Via.

"Bastard"

Perkataan itu keluar daripada mulut Via. Adreen berdiri di hadapan gadis itu.

"Jaga mulut you, Via"

Via tersenyum sinis.

"Apa lagi perkataan yang sesuai untuk lelaki macam you, Adreen? Hampir lima belas tahun kita bersama, sekarang you nak kahwin dengan perempuan ni pula?!"

Via ingin mendekati Alisa namun rakan sekelasnya menghalang.

"Kau pun betina! Tak tahu malu!"

Sudah seperti orang gila Via mengamuk.

"Via Larisa!"

Terhenti pergerakan Via apabila Adreen menjerkahnya.

"Sedarlah diri you. Jangan terhegeh kalau lelaki dah tak nak! You deserve nothing!"

Bukan saja Via terkedu, malah rakan-rakan mereka juga. Selama ni Adreen berperang mulut pada yang mengata dan menyakitkan Via. Tidak sangka ayat seperti itu keluar daripada mulut Adreen dituju pada gadis itu.

"Tengoklah diri you. Kotor dan tak terurus. Siapa saja yang sanggup hidup dengan you?!"

Mata sayu Via memandang Adreen tanpa berkelip. Dia memandang pakaiannya.

Darin tersenyum sinis. Dia memandang saja Via yang seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Inilah perangai sebenar kekasih kau, Via.

"I malulah. Malu ada kekasih yang buruk dan kerja pelayan restoran! You tak rasa begitu?" Jujur Adreen.

Faeq menggenggam penumbuk.

"Adreen! Kau cakap apa ni?" Haziq mula bersuara. Kata-kata itu pasti menyakitkan Via.

"Kau rasa kau layak ke untuk jadi isteri CEO?"

Kerana Dia, ViaWhere stories live. Discover now