🐉Malam Insiden🐉

2.9K 104 4
                                    

Suara jeritan dan teriakan orang yang sedang ketakutan memenuhi seluruh kawasan yang sedang terbakar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara jeritan dan teriakan orang yang sedang ketakutan memenuhi seluruh kawasan yang sedang terbakar. Dari bangunan, rumah, jeti, pasar serta kawasan perladangan habis musnah di mamah api yang marak.

Di atas langit yang hitam munculnya kelibat naga-naga sedang berterbangan. Melayah di atas kawasan tersebut sambil mengaum menggegarkan Udara. Haiwan majestic itu begitu amarah hingga tiada apa-apa yang dapat menghentikan mereka melainkan mereka telah puas membuat amukan.

Manakala di daratan, orang kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri, ahli keluarga mahupun harta benda mereka untuk keluar dari kawasan kemusnahan tersebut. Ada juga yang bertempiaran lari dalam keadaan badan terbakar dek api. Ada juga yang meraung meratap kematian ahli keluarga mereka.

Para tentera bergegas ke sana ke mari dengan senjata di tangan. Mengacu ke Udara untuk memanah dan menyerang naga yang terbang rendah ke bawah. Ada anak panah , lembing, pedang dan senjata lain mengenai badan naga Namun disebabkan sisik magis yang dimiliki oleh haiwan tersebut membuatkan ia kebal dari sebarang serangan kecil seperti itu.

Maka muncullah pahlawan naga serta penunggangnya dari Udara. Melayah laju ke arah naga pemusnah yang sedang menyambar api ke arah kumpulan tentera di situ.

BAM!

Cakaran berkuku tajam mengenai leher naga pemusnah. Penunggang naga yang berada di atas badan naga pejuang pegang pedang. Memberi arahan dari dalam kepala kepada naganya bagaimana untuk bertarung. Seiring dengan kombinasi mereka itulah, naga pemusnah tadi jatuh mengenai bangunan dihempap oleh naga pejuang.

Bergelut naga pemusnah itu di bawah cakaran naga pejuang. Ia mengaum dengan suara nyaring memecahkan gegendang telinga sebelum api hijau keluar dari mulutnya lantas mengenai naga pejuang.

Buss!!

Hangat dan berbahang! Itu yang dirasai oleh penunggang naga taktala api hijau itu menjuling naik ke Udara dan mengenainya. Berang dibuat serangan itu, penunggang naga pun memberi arahan dari dalam kepala. Mengarahkan naganya untuk patahkan leher naga pemusnah dengan segera.

Bisikan tersebut membuatkan naga pejuang seakan di pukau lalu ia menjalankan arahan yang diberikan oleh penunggangnya tanpa berlengah.

Krak!

Naga pemusnah yang bergelut tadi terus longlai rebah tidak bergerak. Matanya tadi bercahaya kini berubah menjadi kelabu asap. Ianya sudah lagi tidak bernyawa.

Seusai itu naga pejuang dan penunggangnya kembali terbang. Menyertai pertarung penungang naga dan naga pejuang lain yang sedang memerangi naga pemusnah yang tersisa!

Di saat atas langit sedang berdentam dentum dengan peperangan antara naga dan naga di daratan hanya tersisa dari kesan pertarungan.

Antara ramai-ramai mereka di situ, sebuah rumah kayu kecil sedang terbakar, dan di luar pintu itu duduknya seorang anak kecil. Sedang meraung di samping ibubapanya yang terkorban. Bapanya luka terbakar. Ibunya berdarah di kepala.

Meraung-raung anak kecil yang sudah comot dek darah dan abu dari asap terbakar. Air mata berjuraian membasahi pipinya yang kemerahan kerana kesejukan dibuat cuaca pada musim sejuk ketika itu.

Disebabkan tidak tahu hendak bagaimana lagi, hanya air mata saja yang menemaninya. Mata yang bengkak pula pandang akan orang yang berlari melewati tempat dia berada. Tiada siapa yang kisah hendak berhenti atau menjenguk keadaannya saat itu. Kerana orang di situ pun ditimpa nasib yang sama!

"Arghhh!!!Naga!Lari!!"satu teriakan yang mengerikan kedengaran sebelum deru angin yang kuat bersama ngauman naga yang bersilang seli.

Bertempiaran lari la mereka yang tersisa di situ termasuk tentera yang ada. Mereka hendak melawan Namun tidak berdaya!

Lalu naga pemusnah membuka mulutnya dengan luas sebelum menghambur api yang marak berwarna ungu kehitaman tepat dimana anak kecil tadi berada.

Anak kecil itupun mendongak, dalam keadaan tersedu sedan. Dia perhatikan akan kelibat naga di atas langit waktu itu semakin hampir dengannya. Sama sekali tidak tahu nyawanya dalam bahaya. Hanya cahaya api ungu saja membias wajah dia sebelum sesuatu muncul dari atas dan pandangnya menjadi gelap gelita.

"Jangan risau...jangan menangis. Anak kecil"satu suara halus berlegar di dalam kepala anak kecil itu. Membuatkan tanggisannya terhenti kerana suara tersebut buatkan hatinya yang ketakutan berasa hangat.

Rupa-rupanya waktu itu, seekor naga pejuang sedang mengembangkan sayapnya untuk memayungi kanak-kanak kecil tersebut dari di sambar api naga pemusnah tadi.

"Terra!Tunduk!"satu suara garau muncul sesaat kemudian. Seorang penunggang naga melompat turun dari naga pejuang tadi. Mendarat di depan anak kecil tersebut.

Naga pejuang itupun tunduk. Melindungi penunggangnya yang hendak menyelamatkan anak kecil tersebut.

"Lekas Arion...kita tak banyak masa. Saya tak boleh menampung lebih lama api naga ni.."suara halus itu sekali lagi kedengaran. Amat lembut dan menenangkan sampaikan anak kecil itu dongak tidak berhenti dari melihat naga pejuang di depannya.

"Jangan menangis, nak. Kami akan bawa kamu pergi dari sini. Semuanya akan baik-baik ya."ujar penunggang naga di hadapan anak kecil tersebut ketika dia tunduk menyelubungkan badan kecilnya dengan mantel hitam.

Tidak tahu apa yang sedang berlaku, dengan siapa dia bersama waktu itu, kanak-kanak kecil itu hanya diam saat dirinya di dukung lalu dibawa bersama naik ke atas naga pejuang. Setelah itu dia pun tidak sedarkan diri sebaik mereka terbang ke langit yang tinggi!

 Setelah itu dia pun tidak sedarkan diri sebaik mereka terbang ke langit yang tinggi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now