Langit pada hari ini mendung seakan hendak hujan. Cuaca juga lembab dan muram kerana musim sejuk semakin menghampiri. Maka suhu juga telah menjadi dingin walaupun senja belum berlabuh lagi.
Raja Evan melirik pemandangan kosong kawasan istana dengan kening mencerlung. Kedua-dua tangan berehat di belakang badan. Postur tubuhnya mendabik dada dan gagah. Aura yang berada di seluruh badannya kuat dan jelas Memberitahu walaupun sudah berusia Raja Evan masih mempunyai daya kuasanya.
Tidak lama menerima surat dari putera mahkotanya, Ryu. Raja Evan sudah berdiri di situ ingin menyambut kepulangan anak lelakinya. Katanya ada berita besar yang ingin disampaikan. Raja Evan terlalu teruja sehinggakan dia beria menyiapkan tugasan diraja dan rasmi yang ada semata mahu menyambut anakanda lelakinya pulang.
"Tuanku...sepertinya putera mahkota masih dalam perjalanan. Apa kata tuanku masuk ke dalam terlebih dahulu. Akan saya pastikan untuk memaklumkan ketibaan putera mahkota sejurus putera mahkota tiba nanti.."pengawal pengiring di belakang beritahu.
Raja Evan tidak terkutik.
"Suhu semakin dingin. Kalau tuanku masih berada di sini lama-lama saya khuatir ianya tidak elok untuk kesihatan tuanku.."
"Beta tahu...boleh tak sekali tu berhenti meleteri beta. Beta tahu bila dan sampai bila beta akan berada di sini."keluh Raja Evan perlahan. Dia boleh rasakan Ryu semakin mendekat Jadi dia akan menunggu untuk seketika lagi.
Beberapa orang pengiring raja di belakang pengawal diraja diam memerhati belakang kepada Raja Evan penuh nanti. Berharap lelaki itu bergerak masuk ke dalam. Namun tidak lama mereka mendengar Raja Evan bersuara, dari kejauhan mereka dapat melihat sekumpulan naga sedang berkepak-kepak mendekati Kawasan perkarangan Utama istana.
Walaupun langit mendung, rasa silau masih terasa. Mereka pun memayung atas kepala ingin melihat dengan jelas benar ke apa yang mereka lihat.
Sekali tu memang benar.
Empat ekor naga dewasa terbang secara berkumpulan di langit. Semakin lama semakin mendekat.
Muncul la satu garisan nipis di bibir Raja Evan taktala lelaki itu berasa lega kerana Ryu telahpun selamat tiba di tanah air semula.
Bunyi sayap berkibar kedengaran sebaik saja Ryu si naga mendarat dengan kemas di atas rumput dengan keempat-sempat kaki. Ekor panjangnya berhayun sebelum jatuh ke tanah sebelum melingkar. Diikuti dengan tiga ekor naga pengiring di belakang.
"Anakanda..."sambut Raja Evan dengan tangan berdepa luas dan senyuman senang di bibir. Betapa hati tuanya begitu lega dan riang melihat putera mahkotanya selamat pulang.
"Ayahanda..."balas Ryu masuk ke dalam pelukan itu. Tangan kanannya erat melingkar di belakang tulang belikat Raja Evan sementara tangan kiri sedang menggengam tangan isteri disamping.
Pada masa Raja Evan memeluk Ryu Ketika itu la dia menyedari ada seorang sedang mengeluarkan tenaga aura yang sama dengan Ryu. Membuatkan nafasnya tertahan serta merta setelah bertentang mata dengan sepasang mata di situ.
Aerin pun serta merta menunduk dengan tangan di dada taktala Raja Evan menyedarinya di situ. "Apa khabar tuanku.."sapanya dengan hormat.
Pantas Ryu melepaskan pelukan dan menjarakkan diri dari ayahandanya sebaik teringat akan isterinya di situ. "Sebelum tu..perkenalkan ayahanda. Isteri anakanda. Aerin Ofelia."ajunya dengan yakin.
Sementara Raja Evan di situ memandang Ryu bersilih ganti. Masih terkejut dengan apa yang baru didengarkan. Isteri?Putera mahkotanya sudah berkahwin? "Kenapa anakanda tidak memaklumkannya terlebih dahulu pada ayahanda?"
"Maafkan anakanda. Keadaan agak tidak mengizinkan anakanda untuk berhubung langsung kepada ayahanda mengenai perkahwinan ini..."
Aerin di situ memerhatikan wajah Raja Evan tanpa berkedip kerana berasa kagum kerana dapat bertemu dengan lagenda lama yang sering menjadi buah mulut ramai pengamal Dragon Tamer di akademinya lama dahulu.
"Adakah kamu yakin dia bukan seorang musuh??"curiga Raja Evan berwaspada kerana dia enggan putera mahkotanya dalam bahaya.
"Sebaliknya anakanda adalah musuhnya di sini.."sengih Ryu semasa menarik Aerin ke dalam rangkulannya. "Ayahanda tidak perlu risau. Aerin bukan seorang musuh tetapi sebaliknya."beritahunya.
Pantas Aerin dongak memandang ke tepi sebaik dengar.
Raja Evan juga memandang terkejut. "Apa maksud anakanda.."
"Aerin adalah satu-satunya waris Dragon Whisperer yang terselamat dari serangan di malam 20 tahun yang lalu."
"Apa dia?"mata Raja Evan membutang luas sebelum dia mengerling ke Aerin dengan renungan berkaca tidak percayanya. "Adakah itu bermakna isteri yang kamu kahwini ini akan menjadi kunci kejayaan kita nanti?"
Kunci?Apa maksudnya?Aerin berkerut kening memandang Raja Evan berasa agak sentap dengan ucapan itu. Apa semua ni? Tolong jangan beritahu dia niat sebenar Ryu mengahwini dirinya adalah untuk dijadikan sebagai objek semata?
Ryu pun tunduk memandang Aerin. "Tidak...kunci peperangan kita adalah membunuh Bishop Harman serta sekutunya."
Dengan kuat Aerin menahan nafas dengan kuat Bersama mata terbutang kaku apabila mendengar nama mentornya di sebut oleh Ryu.
"Memandangkan Raja Emmeth telah menyerahkan darjat dirajanya kepada anakanda dan menjadi anakanda pemerintah Xethen Empire, maka ayahanda kini satu-satunya pemerintah negara raja yang masih berkuasa di Dunia Magika ini."maklum Ryu.
Hujung bibir Raja Evan terus terherot.
"Adakah itu bermakna sempadan Empire Xethen kini terbuka dan tidak dikawal?"
"Ya ayahanda. Ayahanda kini boleh mengerah kesemua bala tentera ayahanda untuk ke Empire Xethen. Memburu setiap manusia dan naga yang tersisa di situ dan menukarkan tanah itu menjadi debu..."maklum Ryu dengan perlahan.
Jantung di dalam tulang rusuknya berdegup sangat kencang hinggakan Aerin mula merakan kepalanya berdenyut-denyut dan serasa begitu ringan. Apa yang suaminya baru katakan ni? Dengan siapa dia telah berkahwin ni!?
"Bagus anakanda. Sesungguh ayahanda telah membesarkan seorang anak yang berjasa buat keluarganya."Raja Evan menepuk bangga bilah bahu Ryu.
"Terima kasih ayahanda."ucap Ryu.
Pada masa itu Aerin sudah bergerak hendak terduduk di situ, namun rangkulan pada pinggang oleh Ryu membantu dia untuk imbangkan badan dari terduduk. Hendak tak hendak dia terpaksa menyandarkan kepala di tepi lengan itu. Rasa terkejut yang dirasai begitu kuat sampai hendak pitam dia dibuatnya.
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...