Pergelangan tangan kanan Aerin dicengkam Arran sebelum dia menarik perlahan ke depannya. Dia membuat muka merayunya. "Tolong Aerin...aku merayu. Ikut aku pergi dari sini..."pintanya tidak lepas dari merenung tepat ke sepasang mata bundar itu.
Masih enggan. Aerin menggeleng kepala dan menolak tangan Arran turun dari pergelangannya.
"Arran...aku rasa kau kena keluar dari sini sekarang..kalau Ryu tahu kau ada dekat sini, kau mungkin akan dapat masalah."
"Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?Kita kena pergi jauh dari sini Aerin."
"Iya..aku dengar. Tapi untuk apa?"
Perbualan dua orang itu sayup kedengaran dalam gelap di koridor itu. Desis bisikan mereka menghasilkan bunyi kecil.
Mereka berdua saling bertatapan sebelum Arran melepaskan hela mengalahnya. Lelaki itu kelihatan begitu terdesak sekali. Wajah berjambangnya juga kelihatan tidak terurus. Lingkaran hitam bawah mata memberitahu yang Arran mungkin tidak tidur kerana betapa letihnya wajah itu.
"Beritahu aku Arran?Apa yang berlaku sejak kita terpisah hari tu?"bisik Aerin perlahan. Lengan Arran di pegang perlahan cuba hendak memujuk. Dia tidak ingin bertekak dengan Arran sekarang. Tambahan pula mereka berada di situasi yang tidak mengizinkan untuk bergaduh.
"Aku akan jelaskan segalanya kepada kau selepas kita keluar dengan selamat dari sini."
"Tak. Selagi kau tak jelaskan dekat aku. Aku tak boleh pergi Arran."
"Tapi kenapa!?Jangan cakap dekat aku sebab kau fikir aku akan apa-apakan kau?"
Aerin mengedipkan matanya sambil pandang dengan kening mencerlung. Bukan dia tidak percayakan Arran, tapi dia tak boleh ikut Arran sekalipun dia mahu. "Tempat aku di sini Arran. Di sisi Ryu."
Apa maksud Aerin ni?Gadis ini sudah dipukau ke apa?Tak nampak ke semua ini salah!Bengang Arran dibuatnya. "Kenapa kau cakap macam tu?Sebab kau cintakan lelaki naga tu?Kau tahu tak dia tu siapa sebenarnya?"Arran kelihatan begitu terluka dengan jawapan Aerin. "Dia lelaki berbahaya Aerin."
"Sebab aku isteri Ryu...dan aku dah bonding dengan Ryu. Berjauhan dari Ryu adalah perkara terakhir yang aku akan lakukan apalagi berpisah dengan dia.."bisik Aerin cuba hendak memberi penjelasan.
"Isteri?Maksud kau dengan Ryu dah berkahwin?"sejak bila semua ni terjadi!?
Perlahan-lahan Aerin mengangguk kepala.
Rahang Arran berketik. Keningnya mencerlung kerana tidak percaya. Tak guna betul!Kalau macam itu semakin berisiko la nyawa Aerin begini! "Jangan risau...aku akan lakukan sesuatu mengenai hal tu. Yang penting kau ikut aku sekarang.."
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...