Peluh merintik di sekitar dahi dan leher walaupun cuaca tidak lah sepanas yang disangkakan. Malah angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sepanjang perjalanan mereka di kawasan padang pasir itu.Aerin di atas kuda diam termenung memandang ke depan dengan mata sekejap-sekejap hendak terpejam. Sambil itu tangannya menggaru bahu kiri.
Tubuhnya begitu panas dan dia benar-benar mahukan rasa sakit ni hilang. Rasa pedih di bahunya semakin lama semakin menjalar hingga ke urat sarafnya. Menyakitkan seluruh badan.
Tak cukup dengan tu, tak kira la sebanyak mana dia minum, rasa dahaga yang dirasai sedikit pun tidak reda. Dan tak kiralah sebanyak mana tenaga dia salurkan, badannya tetap juga kepanasan.
Memburukkan lagi keadaan, rasanya dah dua malam dia tak dapat nak tidur lena kerana Ryu tidak menentu membuat kontak ke dalam fikirannya.
Ada masa tu dia seakan bermimpi ada masa tu dia menyaksikan kemusnahan sebuah perkampungan. Api ada di mana-mana. Teriakan dan raungan orang dalam kesusahan turut menghantui fikirannya.
Swoosh!
Angin bertiup menerbangkan anak rambut Aerin ke belakang dan hood mantel yang ada di atas kepala jatuh melurut ke bahunya.
Pada masa itulah Aerin merasakan adanya getaran aneh muncul dalam kepala dia. Membuatkan kepala Aerin tertunduk ke bawah dan menghentikan kudanya dari berjalan. Getaran itu lebih kuat dari kebiasaannya.
Kenapa pulak kali ni?
Apa lagiyang Ryu cuba nak tunjuk kepada dia!?
Tak cukup-cukup dengan apa yang dia saksikan kebelakangan ni ke?
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...