🐉Siapa Sebenarnya🐉

666 57 14
                                    

                 "Siapa kami berdua sebenarnya?"tanya Aerin masih memandang Ryu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 "Siapa kami berdua sebenarnya?"tanya Aerin masih memandang Ryu. Berharap jawapan yang dia bakal dengar nanti tidak akan menyakiti Ryu!

                Tidak semena Bishop Harman tertawa. Lelaki itu tertunduk seketika sebelum mendongak ke langit bersama sisa sengih di bibir. "Apa yang buatkan kamu nak tahu tentang siapa diri kamu?"

                "Sebab saya perlu tahu kenapa master sanggup pergi sejauh ni semata untuk membalas dendam dengan melibatkan kami berdua!?"bergetar suara Aerin semasa bertanya.

Bishop Harman terdiam. Lelaki itu bergelut dengan perasaannya sendiri. Keningnya mulai mencerlung. Kerutan di dahi semakin berlapis.

                 "Kalau macam tu kenapa master hanya biarkan kami berdua yang hidup?Adakah ianya hanya kerana alasan untuk mempergunakan kuasa kami aje?Tiada sebab lain?"soal Arran pula. Dia pun nak tahu jugak.

Untuk seketika Bishop Harman mendiamkan diri. Senyuman dibibir juga telah memudar. Renungannya terarah pada sekitar. Dia cuba mengatur kata hendak bersuara.

                Sementara Ryu mengerang cuba hendak bergerak tetapi kakinya enggan bergerak, tubuhnya sedaya upaya dipaksa untuk bangun berdiri namun kuasa yang mengekang dirinya terlampau kuat. "Aerin!"panggilnya lagi di balik ngerangannya. Dia perlu dapatkan Aerin semula!!

                "Baiklah.."Bishop Harman akhirnya akur. Lelaki itu berdengus kecil sebelum termenung memandang Aerin dan Arran. Sudah lama sebenarnya  dia menyiman rahsia ini. Rahsia yang tiada siapa pun tahu kecuali dirinya sendiri. "Kalau itu yang kamu nak tahu, saya akan ceritakan."

Dah agak!Mesti ada yang tersembunyi dari mereka!Rahang Aerin berketik dek kekesalan.

                "20 tahun yang lalu sebelum peperangan tercetus, saya merupakan seorang pengamal sihir biasa. Yang bukan sesiapa-sesiapa di mata orang. Sampai la satu hari saya bertemu dengan seorang wanita bernama Offelia Flynn sewaktu merantau." mula Bishop Harman  tersengih kecil."Kami berdua jatuh cinta. Dan tak lama selepas itu kami berdua bina kehidupan di Puak Dragon Tamer. Beberapa tahun berkahwin kemudian kami dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan. Si abang beza tiga tahun dengan adik perempuannya. Sewaktu si abang berusia 10 tahun tiba-tiba peperangan pun tercetus. Raja Xenthen menyerang kawasan tempat tinggal kami. Membunuh ahli keluarga kami termasuk naga-naga yang ada di situ. Kami cuba meminta bantuan dari Negeri Cahaya tapi Negeri Cahaya memilih untuk mempertahankan negeri mereka sendiri. Dan akhirnya peperangan itu memusnahkan kehidupan semua orang. Puak Dragon Tamer mahupun Negeri Cahaya sendiri. Hanya kerana ketamakan mereka itu Kerajaan Xenthen bertahan sehingga ke hari ni."

Arran bungkam di samping Aerin yang membutangkan mata kerana terkedu dibuat kenyataan Bishop Harman. Mereka berdua sama-sama menunjukkan reaksi tak percaya.

                "Hati saya diselebungi dengan dendam kesumat hingga akhirnya saya ambil keputusan untuk memusnahkan rasa sayang dan takut dari saya pada orang tersayang agar saya takkan teragak-agak membuat keputusan nanti. Dengan cara menghapuskan ingatan dua putera dan puteri saya supaya saya dapat jalani misi untuk membalas dendam buat Kerajaan Xethen tanpa gangguan." Bishop Harman memandang Aerin dan Arran bersama mata kemerahan. Tidak berkedip sejak tadi.

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now