Deru angin bertiup kuat.Bunyi sayap berkepak kedengaran tidak jauh dari kawasan latihan dimana para naga muda sedang berlatih bersama dengan Dragon Tamer mereka. Latihan yang dijalani berdasarkan musim waktu itu. Iaitu musim panas. Maka sesi latihan naga muda lebih kepada aktiviti fizikal dan lebih berat terutama sekali cara untuk mengawal kuasa magis yang dimiliki oleh setiap naga.
Tahap kemampuan naga adalah pelbagai. Ada yang mengeluarkan gelombang supersonic yang menggegarkan, ada yang memuntahkan lahar berapi, ada yang mengeluarkan kuasa api pelbagai warna, sama ada biru, jingga, kuning, hitam dan banyak lagi, ada juga naga yang mengeluarkan cahaya menyilaukan melalui sisik magis mereka. Maka latihan yang dijalankan juga berbeza.
Sewaktu Dragon Tamer lain berlatih, Aerin pula menjalani waktu rehat seusai tamat kelas bersama dengan mentor dan protégé Dragon Tamer sama tahap dengannya. Seperti biasa, dia dengan bukunya duduk di bangku hadapan taman bunga belakang akademi. Kawasan yang menjadi tempat dia luangkan masa sejak belajar di situ 4 tahun yang lalu.
Kini Aerin masuk usia 12 tahun dan berada di kelas pertama sebagai protégé Dragon Tamer yang dementor sendiri oleh Bishop Harman. Antara pelajar terbaik dan cemerlang diantara kalangan pelajar yang lebih berusia darinya.
Tekun menelaah isi kandungan butiran dalam buku tersebut, Aerin tidak menyedari satu bayang hitam sudahpun muncul dari atas dan memayungi sekitar tempat dia duduk.
Semakin lama semakin gelap bayang tersebut di atas Aerin. Perlahan-lahan angin kuat mula bertiup. Menggoyangkan dedaun atas pokok berdekatan sebelum menarik perhatian Aerin tidak lama kemudian. Desiran daun kering kedengaran jelas setelah bayang hitam tadi menjadi susuk seekor naga hitam kebiruan mendarat tepat di tengah kawasan taman bunga tersebut.
Tidak terkejut dengan kemunculan tiba-tiba naga fury tersebut Aerin hanya pandang tidak berminat sebelum bangun dari bangku itu. Aerin mengetahui kalau naga hitam kebiruan itu muncul di depannya, pasti tidak lain tidak bukan hendak mencari pasal dengan dia!Jadi dia enggan bergaul dengan naga tidak matang itu. Aerin sudah hafal dengan semua ini. Selama 4 tahun dia di sini, selama itu jugalah dia menghadap perkara yang sama.
Namun baru sahaja Aerin hendak mengatur langkahnya satu suara menyapa dalam kepalanya.
"Hei!Stop!Stop!!Siapa izinkan kau pergi hah?"
Suara lelaki tersebut membuatkan Aerin pejam mata. Menahan sabar kerana dia tidak boleh halang suara naga tu dari masuk ke dalam kepalanya. Serius beritahu, dia benar-benar tidak suka dengan kuasanya yang satu ini!
"Selangkah kau berjalan, aku akan buatkan tempat kau terbakar Aerin Ofelia!"
Marah-marah Aerin pun berpaling semula. Dia dongak memandang naga muda yang setinggi sebuah pokok di depannya. Kening mencerun tajam. Gigi terketap kuat. "Kenapa!Kalau awak nak cari gaduh dengan saya mungkin lain kali aje Ryu!"
Perlahan-lahan kepala naga itu bergerak tunduk ke bawah. Mendekat ke Aerin di situ.
Tidak gentar mahupun takut, Aerin diam berdiri di situ sehinggalah hujung muncung naga tersebut berada betul-betul dihadapan mukanya.
"Bufff!"dengusan nafas keluar dari muncung naga tersebut menyapa wajah bercemberut Aerin.
Eeeee!Geram betul la!Aerin pejam matanya seketika sebelum dibuka semula. "Awak nak apa Ryu?"
"Kenapa baru hari ni aku dapat jumpa kau?Ke mana kau menghilang tiga hari lepas?"suara itu menyapa dalam kepala Aerin.
Kenapa?Ya dah jelas-jelas la sebab dia enggan bertemu!Ditanya lagi. "Itu aje yang awak nak tahu?"Aerin silangkan tangan ke dada pada masa yang sama buku yang dibaca tadi ikut dipeluk.
"Kenapa kau suruh Dragon Tamer lain yang ajar aku?Bukan ke kau sepatutnya ditugaskan untuk jadi Dragon Tamer memandangkan Bishop Harman adalah mentor kau?"
"Sebab saya tak nak!"
Sekali lagi Ryu menghembus dengusan nafas ke Aerin. Membuatkan rambut Aerin terbang ke belakang.
"Kenapa kau tak nak!?"
"Siapa yang nak ajar naga pembuli macam awak ni Ryu?Mentang-mentang la awak naga, awak boleh gunakanya untuk menakut-nakutkan orang lain!"beritahu Aerin dengan nada jengkel. Dia masih tidak berpuas hati dengan Ryu. Ada alasan kenapa dia begitu bencikan remaja lelaki berusia 15 tahun didepannya ini!
"Pembuli?Siapa yang kau panggil pembuli hah!?"
"Awak la...Ryu Fury. Siapa lagi.."
"Untuk apa?Aku tak pernah buli kau?"
Oh iya ke? Kalau macam tu jelaskan hal ni! "Saya tahu awak dah menakut-nakutkan Protégé Leo...kenapa awak buat macam tu?Awak tahu tak..dia menangis beritahu dekat dia yang dia tak nak berkawan dengan saya sebab awak ugut dia..."beritahu Aerin. Tahu tak Leo itu adalah crush dia! Bolehnya Ryu buatkan Leo takut padanya dan enggan lagi mendekatinya. Hanya ugutan Ryu Fury! Naga menyakitkan hati di depannya ini.
Ryu Fury si naga tunduk melagakan hujung muncungnya ke Aerin tidak semena. Menyebabkan Aerin berundur ke belakang di buat talakan itu.
"Dah kenapa?"Aerin akan naga di hadapannya dengan muka tidak puas hati. Tiba-tiba tolak dia!
"Budak pengecut tu yang cepat menangis. Aku tak cakap apa-apa yang jahat pun." Ryu si naga ubah kedudukannya dari berdiri empat kaki kepada baring ke bawah dengan kepalanya tergeletak atas tangannya yang bersilang di situ. Menghadap Aerin.
"Masih sama jugak...awak buli dia!Berhenti buat semua kawan-kawan saya takut dengan saya boleh tak!"Aerin pandang tepat ke mata naga di depannya waktu itu. "Memang salah apa saya dekat awak sampai awak tak henti-henti buatkan protégé dan mentee lain tak nak berada dekat dengan saya?"
"Sebab kau tak nak berkawan dengan aku. Jadi adil la. Kalau aku tak boleh berkawan dengan kau, tak ada orang lain boleh berkawan dengan kau..."
Aerin begitu tercengang dengan kenyataan Ryu waktu itu. Dia sama sekali tidak mengerti kenapa Ryu berkata begitu. Rasanya di sini orang lebih tua darinya ialah Ryu, tapi kenapa naga didepannya ini seperti budak kecil?Nakal dan menjengkelkan.
"Entahlah...saya tak tahu nak cakap apa lagi. Awak buat la apa yang awak nak Ryu. Saya tak nak pedulikan awak...berhenti ganggu saya!"beritahunya sebelum berpusing dari situ.
Masih tidak bergerak dari kedudukan tadi, Ryu si naga diam memerhatikan langkah Aerin dengan renungan yang lama.
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...