🐉Rugi🐉

553 50 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Jadi isteri kamu tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku?"

"Hm."

"Kalau begitu Aerin akan berfikir kamu adalah musuh sebenar di sini?"Raja Evan menjungkit kening tidak percaya mendengar keterangan Ryu Fury sebentar tadi.

Sambil bermain dengan hujung pena pelepahnya, renungan dingin Ryu terarah pada peta yang terbentang luas di atas meja. Jari telunjuk tangan kanan menopang tepi pipi yang disiku atas arm rest kerusi.

"Kami sentiasa bermusuhan ayahanda. Sejak awal lagi."

"Adakah Aerin juga adalah Dragon Rider kamu?Menurut pengawal kamu sudahpun mengikat bonding?"

"Ya...beberapa bulan yang lalu, Secara paksa....sebab anakanda didorong dengan rasa cemburu."Ryu tersengih taktala mengimbas semula momen lepas sewaktu dia marking Aerin dengan lambang peribadinya.

"Hahaha...hati-hati Ryu. Perasaan benci itu boleh menjadi racun sekiranya dibiarkan lama."

"Anakanda tahu..."

"Apapun rencana kamu ayahanda sentiasa sokong kamu. Kamu tahu bukan itu Ryu.."

"Ya ayahanda."

"Baiklah. Jika sudah memberi kata putus. Kita akan mulakan serangan ke Xenthopia serta Bishop Harman pada minggu hadapan. Adakah Anakanda mahu mengetuai serangan terakhir itu?"

Ryu merenung wajah Raja Evan dengan lama tanpa mengatakan apa-apa.

Butang yang menggantung mantel pada bahu ditanggalkan Ryu sebelum dia menyerahkannya kepada dayang yang mengiringi kepulangan di istana pada malam itu.

"Bagaimana dengan permaisuri Aerin?"soalnya setelah bertembung dengan pengawal yang bertanggungjawab memantau Aerin.

"Tuanku ada di kamar beradunya sejak tengah hari tadi. Permaisuri Aerin enggan makan walaupun dayang datang menghantar makanannya."

Apa dia?Ryu memaling kepala ke tepi dimana pengawal itu sedang berdiri. "Kenapa?"

"Sepertinya Permaisuri Aerin berduka hati kerana dia tidak dapat menggunakan kuasanya lagi. Jadi dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa atau menjamah apa-apa sejak tengah hari tadi."

Ryu pandang ke arah pintu bilik bersama hela kesal lepas darinya. Serius?Kenapa Aerin bersungguh mahu menggunakan kuasa yang hanya akan meletakkan isterinya itu dalam bahaya!?

Klik!

Pintu terbuka ke dalam.

Ryu berjalan masuk dengan langkah yang senyap ke bilik tidurnya. Ingatkan isterinya sedang lena. Sekali dia melihat Aerin duduk di atas katil menghadap pintu. Tangan bersilang di dada, kaki panjangnya terdedah dari jubah satin panjangnya. Sambil berjalan sambil itu sarung tangan hitam di tanggalkan dari kedua belah tangannya.

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now