🐉Si Charming🐉

638 65 4
                                    

Seperti yang dijadualkan Aerin meluangkan sisa waktunya dengan mengajar naga-naga muda berlatih di akademi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seperti yang dijadualkan Aerin meluangkan sisa waktunya dengan mengajar naga-naga muda berlatih di akademi. Selang setiap dua jam Aerin akan didatangi tiga orang pelajar secara beransur. Sama ada di hantar orang ibu bapa atau penjaga atau sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk menghantar pelajar Aerin ke akademi.

Kebanyakan pelajar Aerin merupakan anak-anak dari naga pejuang diraja dan anak orang bangsawan yang berasal dari keturunan jelmaan naga.

Perempuan mahupun lelaki.

Semuanya ada sekali.

Paling menarik perhatian protégé Dragon Tamer Wanita di situ adalah abang kepada pelajar Aerin yang mereka gelar sebagai Si Charming. Antara pendorong yang buatkan mereka bersemangat datang awal di laman walaupun hari itu mereka tiada kelas. Semuanya semata hendak melihat kehadiran Si Charming ini. Tapi secara rahsia la. Mereka semua tiada keberanian hendak mendekat secara berdepan kerana ada polisi yang mereka perlu patuhi sebagai protégé Dragon Tamer.

Iaitu mereka tidak dibenarkan menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana pelajar mahupun penjaga pelajar naga yang mereka ajar. Hal ini hendak mengelakkan masalah dan konflik dari terjadi di masa depan. Lain pula kisahnya dengan Dragon Tamer rasmi. Polisi itu tidak diterapkan kepada mereka.

Dan Si Charming ini sedia maklum mengenainya.

            "Master Aerin!"panggil Angnath dengan riang saat berlari ke arah Aerin di depan laman berumput situ.

Masih perhatikan dua pelajarnya sedang bergelut atas padang hendak jelmakan diri sendiri dalam bentuk naga, Aerin pun palingkan kepala ke kanan. Badan masih menghadap ke depan dan kedua belah tangan berada di belakang badan.

             "Hehehe!Saya datang awal kan!"Angnath kanak-kanak lelaki itu tersengih-sengih manis setelah berdiri dihadapan Aerin waktu itu.

            "Selamat tengah hari master..."sapa suara dalam lunak merdu sesaat kemudian. Berdirinya lelaki muda berpakaian pegawai istana dengan senyuman berlesung pipit di pipi kiri.

            Dengan hormat, Aerin pun berdiri dengan kedua tangan di sisi badan. Air mukanya kekal professional kerana hadapannya ketika itu adalah seorang pegawai rasmi di raja. "Selamat tengah hari tuan Caspian.."sapanya dengan tundukkan kecil.

             Angnath pegang tangan Aerin. "Master...master dah tak marahkan saya kan?Marvor beritahu saya master dah tak marahkan dia..."

              Bola mata Aerin turun ke muka comel lagikan tembam milik Angnath. "Lekas...masuk ke dalam. Sedia untuk mulakan kelas.."arahnya.

              "Baik!"Angnath mengangkat tangan memberi tabik sebelum berlari anak ke dalam bangunan. Meninggalkan Aerin dan Caspian berdua di situ.

              "Saya dengar Angnath telah membuat masalah. Ibu bapa saya yang beritahu mengenai hal tu selepas Angnath digantung kelas selama tiga hari."borak Caspian dengan kedua belah tangan di belakang badan. Dia berdiri mendabik dada menghadap Aerin yang tingginya hanya takat paras dadanya.

               Bukan salah Angnath. Dia kenal sikap anak muridnya yang satu itu. Kalau tak di api-apikan Angnath tidak akan memulakannya dahulu. "Ianya kesilapan saya sendiri. Oleh kerana kecuaian saya, Angnath bertindak di luar kawalan."beritahunya.

               Caspian tersenyum. "Jangan la terlalu serius sangat Aerin. Saya datang bukan nak mengadu atau berbual sebagai penjaga Angnath. Saya kenal adik lelaki bongsu saya macam mana. Awak jangan risau..saya mahupun ibu dan ayah saya tak menyalahkan awak..."barulah Caspian turunkan tangannya ke sisi. Tiada lagi lagak seorang pegawai istana tapi hanya seorang lelaki seusia Aerin sahaja. Sudah setahun sebenarnya Caspian mengenali Aerin. Itupun kebetulan semasa Aerin masuk ke istana bersama Bishop Harman untuk menghadap. Dari situ dia kenal Aerin dan semakin rapat setelah adik bongsunya belajar di akademi ini.

              "Saya tahu."Aerin palingkan kepala setelah perasan dari ekor mata apabila dua naga remaja sedang berdiri dua kaki di hadapannya. "Saya cuma nak beritahu saya gantung latihan Angnath bukan sebab dia bersalah, tapi hanya nak lindungi dia dari terus marah"sambungnya kembali memandang Caspian.

Caspian memberi senyuman kacaknya kepada Aerin apabila bertentang mata dengan gadis itu. Walaupun Aerin tidak tersenyum dan kelihatan serius sepanjang masa, entah kenapa dia sentiasa tergamit apabila bersemuka dengan Aerin.

             "Macam mana dengan tawaran saya tempoh hari?Adakah awak dah pertimbangkannya?"

             "Tawaran apa?"waktu itu dua naga tadi terbang tinggi ke Udara saat Aerin berhubung dengan mereka berdua menggunakan kuasa telepati istimewanya. Dia pandang Caspian dengan kepala terlentok sebelah dan matanya berkedip sekali.

              Semakin melebar senyuman Caspian selepas melihat reaksi Aerin. "Pelawaan saya untuk bawa awak keluar ke Pekan Green Holland hujung minggu ni nanti."ingin saja dia selak anak rambut itu ke belakang telinga Aerin. "Awak dah lupa?"

Ohh...itu. Aerin tersedar. Dia dengan masalah pelupanya. Dia bukannya sengaja melupakannya. Cuma masalah memori jangka pendeknya ini saja. Jadi ada perkara dia ingat, ada perkara dia tidak dapat ingat. Aerin menyedari masalah inipun selepas dia buat pemeriksaan dengan tabib.

Menurut tabib itu, trauma yang menimpa diri Aerin sewaktu kecil telah beri kesan mendalam pada kotak memorinya. Jadi otak Aerin secara automatik akan reset maklumat yang Aerin rasa akan beri kesan atau efek negatif pada dirinya atau hal kecil yang Aerin tidak sempat nak ingat kemudian  dilupakan masa itu iugak. Jadi semakin lama semakin banyak pula maklumat yang sering Aerin terlupakan.

              "Maafkan saya...saya lupa tentang hal tu."jujur Aerin beritahu. "Lagipun saya tak pasti saya dapat ikut awak Caspian. Sebab saya dah berjanji dengan Bishop Harman untuk bantu dia.."

              "Tak mengapa. Saya faham....mungkin di lain masa saja nanti." Caspian mengangguk.

Lalu Aerin kembali dongak memandang langit, melihat kelibat dua naga hitam yang sedang berkepak-kepak di Udara membuat bulatan di atas laman berumput itu. Rasanya janji apa yang dia telah lupakan ya sampai Ryu pergi be
gitu saja?Kalau la dia ingat...pasti Ryu takkan terasa hati dengan dirinya!

Si Charming? Siapa ingat dari mana perkataan ni datang? Siapa ingat dia memang pembaca hardcore Tinta sebab boleh ingat setiap buku Tinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Si Charming? Siapa ingat dari mana perkataan ni datang? Siapa ingat dia memang pembaca hardcore Tinta sebab boleh ingat setiap buku Tinta. 🤣

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now