"Apa semua ni?Siapa kau orang ni!"gelut Arran dalam keadaan tangan di ikat ke belakang dan kepala di tutup dengan karung guni. Serius beritahu dia tak tahu apa yang berlaku sejak kejadian serangan di pekan tempoh hari. Apa yang Arran tahu sedar-sedar aje dia dalam keadaan terpikat dan karung guni menutupi kepala. Entah siapa dan di mana. Dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. "Lepaskan aku la!"
Tiga lelaki bertopeng mulut jalan menyusuri laluan gelap bawah tanah bersama Arran dalam kekangan mereka. Menggunakan penglihatan naga yang mereka miliki, keadaan gelap di situ sedikit pun tidak menjejaskan jarak penglihatan mereka.
Kaki Arran tergantung kerana dirinya di angkat dengan mudah oleh dua lelaki buffy di sampingnya.
"Dengar...apapun yang kau orang nak dari aku, aku tak ada apa-apa yang boleh diberikan!Jadi baik kau orang lepaskan aku sekarang!"bebel Arran masih dalam cubaan hendak buatkan dirinya di lepaskan.
Tidak lama berjalan mereka pun tiba di sebuah ruangan tertutup dimana sebuah unggun api gergasi ada di tengah kawasan ruangan tersebut. Dan di atas puncak batu berbentuk tangga, duduknya Bishop Harman. Dua naga pengawal berdiri megah di kanan dan kiri sebelah puncak tersebut.
KEDEBUK!
Arran jatuh melutut atas lantai selepas dirinya di campak ke bawah oleh yang membawanya tadi. Dan barulah karung guni penutup kepala di alihkan.
Terkedip-kedip la mata Arran hendak menjelaskan pandangannya. Dan bila dia pandang sekeliling terus dia menahan nafas kerana terkejut. Wajah serius dan bengis orang-orang yang ada di sekitarnya terarah tepat padanya.
"Apa khabar Arran..."sapa Bishop Harman dengan mendatar.
Tersentak mendengarnya, kepala Arran berpaling pantas ke atas puncak singahsana itu. Lantas dia membutang mata kaku sebaik melihat masternya di situ. "Master!Master tak apa-apa!?"
Bishop Harman diam. Lelaki itu menopang pipi dengan kepalan penumbuk tangan kiri yang ditegakkan pada kerusi. Renungan dingin terarah pada Arran. Dia sebenarnya sedang berfikir-fikir apa yang dia patut lakukan memandangkan Caspian dan Brianna sudahpun tiada. Anak murid yang dia hargai satu persatu telah terkorban. Di tangan yang sama..
"Kamu tak apa-apa kan?!Kamu tahu dimana Aerin?"
Arran menggeleng kepala. "Saya tak tahu apa yang berlaku!Semuanya secara tiba-tiba. Saya pada awalnya bersama dengan Aerin. Tapi tak lama lepas letupan terjadi, saya tak sedarkan diri....tahu-tahu aje Aerin tiada. Dan saya diikat begini....apa yang berlaku sebenarnya master?"
Memandangkan dia sudah tiada pilihan lain, nak tak nak dia perlu gunakan second best dalam akademinya iaitu Arran selepas Aerin. "Ryu Fury telah mengkhianati kita semua. Dia telah memusnahkan akademi dan seisi penghuninya. Selain itu dia telah membunuh Brianna sewaktu cuba hendak menakluk Raja Emmett. Tapi semuanya telah dihalang oleh saya...Namun ianya tidak cukup..."
Kening Arran berkerut. "Apa maksud master, Ryu membelot?"
"Ya...dia juga yang membunuh Caspian dan memusnahkan bandar Xethen."tipu Bishop Harman.
"Tak mungkin...tak mungkin Ryu akan lakukan hal begitu...."
Bishop Harman pun ketawa. "Ya!Ryu adalah pesalah sebenar kenapa semua ini terjadi. Maka saya perlukan bantuan kamu Arran..."
"Bagaimana dengan Aerin?Adakah master telah menemui Aerin?"
Bishop Harman menggeleng kepala. "Dia bersama dengan Ryu....gadis tu adalah rakan sekongkol Ryu sejak awal lagi...dia mengetahui semuanya dari awal lagi. Sebab itu...saya perlukan kamu Arran. Untuk gunakan kuasa kamu bagi memusnahkan Ryu dan Aerin pada masa yang sama..."
Membutang luas mata Arran. Betapa tertamparnya dia selepas mendengar kenyataan itu. "Aerin bersekongkol dengan Ryu selama ni?Mereka berdua!?"
"Ya...alasan kenapa saya bawa kamu bersama Aerin adalah hendak memisahkan Aerin dari Ryu...tapi nampaknya rancangan saya itu gagal setelah saya dapat tahu bahawa Aerin adalah seorang Dragon Whisperer...dia akan gunakan kuasanya untuk memusnahkan kita Arran!"dengan menyakinkan Bishop Harman cuba meracuni fikiran Arran.
"Tapi kenapa?Kenapa Ryu lakukan semua ni!Tak mungkin Aerin sanggup khianati kita semua...khianati master..."Arran masih belum menerima semua kenyataan itu. Ramai-ramai orang kenapa Ryu dan Aerin juga orangnya!Dia tidak hairan kalau Ryu seorang pembelot..tapi Aerin??Gadis itu adalah orang terakhir yang mahukan peperangan dari terjadi!
"Adakah kamu mahu berganding bahu bersama saya dan mereka semua di sini untuk memusnahkan Ryu dan Aerin bersama?"Bishop Harman turun dari puncak singahsana itu menuju ke Arran atas lantai tu. Dia perlu hapuskan Ryu. Lelaki itu adalah penghalang terbesar buatnya. Kuasa Ryu sendiri cukup untuk menakluk satu negara. Inikan lagi bergabung kuasa dengan Aerin. Bukan setakat satu negara saja malah seluruh permukaan tanah magika ini akan dikuasai dengan mudah oleh mereka berdua. Dan dia tidak mahu semua itu dari berlaku.
Bersama renungan letih tidak bermayanya, Arran dongak memandang Bishop Harman sebelum mengangguk kepala. "Saya sudi master. Saya akan berjuang untuk pertahankan tanah kita...."lafaznya dengan bibir pucat penuh nekad.
Hehehe...terima kasih sebab tunggu.☺️❤️
Sebenarnya tinta belum okay lagi.Ingat minggu dpn la baru nak update .Tapi disebabkan tinta takut ramai yang baca cerita ni akan lupa jalan cerita, tinta gagahkan jugaklah diri untuk menaip dan sambung chapter.
Tapi sekejap-sekejap aje la. Tak boleh lama2 sebab sakit tu masih tersisa lagi. Nak duduk lama2 tu tak larat. Satu chapter tinta taip dkt 30 ke 45 minit...lepas tu tinta rest sekejap. But don't worry. Tinta dah lebih sihat kalau nk dibandingkan daripada yg minggu lepas tu...mmg tk boleh nak buat apa2 kecuali baring dgn tidur je.
Apapun atas berkat doa dan wish semua org keadaan tinta membaik dengan cepat. Nanti tinta update lagi next chapter.
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...