🐉Subur Dan Hidup🐉

567 55 4
                                    

Biasanya bila peperangan tercetus, pasti akan berlakunya kemarau ke atas tanah yang sama di mana peperangan terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Biasanya bila peperangan tercetus, pasti akan berlakunya kemarau ke atas tanah yang sama di mana peperangan terjadi. Sama ada tanah gersang tidak mempunyai tumbuhan, Kawasan pertanian tidak subur, haiwan mati atau sungai kering tidak mengalir. Biasanya itu yang akan terjadi.

Namun hairannya selama dua bulan sejak peperangan terjadi, daerah Xenthopia subur. Serta Kawasan sekeliling yang menjadi jarahan tentera memberontak Bishop Harman juga mengalami situasi yang sama.

Tumbuh-tumbuhan menghijau. Air sungai mengalir dengan deras. Walaupun Kawasan yang telah musnah terbakar dibuat serangan naga pemberontak, Kawasan itu akan menghijau semula dalam hanya beberapa malam saja. Mahluk mistik yang lain juga hidup serta tidak terjejas sama sekali sedangkan suasana habit kehidupan di situ selepas dimusnah tidak sesuai untuk di huni.

Kejadian aneh telah menimbulkan tanda tanya pada Bishop Harman.

Beliau terlalu kehairanan sampaikan tidak dapat tidur lena memikirkan sebarang kemungkinan.

Kemungkinan yang dia khuatir selama ini!

             "Bishop Harman..."panggil suara garau dari belakang.

Lamunan Bishop Harman mati serta merta.

             Lelaki berpakaian serba kesatria itu memalingkan kepala ke balik bahu dengan perlahan. "Kenapa?Kamu dah dapat kesan di mana Arran?"

            "Belum tuan...naga yang lain gagal kesan kehadiran kuasa magis Budak tu sebab bila sampai dekat sempadan utara, tiba-tiba aje naga yang buat rondaan tak dapat nak kawal diri dari berubah bentuk menjadi manusia.."

              Hm? "Tak dapat nak kawal kuasa?"

              "Ya tuan...sepertinya ada pendinding di sekeliling Kawasan sempadan utara tu."

              "Alasan...kata aje la kau orang semua terlalu lemah untuk cari seorang dragon tamer yang satu tu..."tengah kening Bishop Harman berkedut.

Lelaki botak bertatu sebelah telinga kiri itu tertunduk ke bawah sebaik bertentang mata dengan renungan gelap Bishop Harman. Aura yang ditonjolkan oleh beliau cukup membuatkan dia submit pada Bishop Harman.

                "Kau tak nampak ni?"tunjuk Bishop Harman dengan kedua belah tangan berdepa luas. Merujuk keadaan Kawasan tanah yang sudah musnah dibakar oleh pasukan tentera naganya malam tadi. "Kau Nampak tak?"

                  "Nampak tuan...?"jawabnya kedengaran tidak yakin.

                  "Apa yang kau nampak!?"menjegil mata Bishop Harman sewaktu dia tanya soalan. Geram punya pasal sebab anak-anak buahnya ini harapkan saja badan sasa tapi otak kecik mengalahkan otak burung unta sendiri.

                  "Kawasan ni hidup semula tuan..."

                  "Hah....tahu pun. Aku ingatkan tak tahu langsung. Kau cakap Raja Emmett tu dah larikan diri dari sini. Kalau betul orang tua tu dah berhambus kenapa tanah mereka masih hidup!Bukan ke sepatutnya mereput sejak hari pertama peperangan berlaku?"

                 "Saya tak tahu tuan..."

                 "Itu aje la jawapan kau. Tak tahu. Tak tahu. Kalau dah tak tahu!Cari la tahu!Takkan itupun nak aku beritahu jugak!Cari tahu macam mana tanah Xethen ni boleh subur kalau pemerintahnya dah tak ada!?"

Untuk seketika lelaki botak tersebut diam termenung memandang hujung kasut di kaki. Cuba mencerna idea untuk menjawab pertanyaan itu agar Bishop Harman tidak semakin marah. Tapi itu masalahnya...dia tak tahu nak jawab macam mana. Kalau salah cakap sikit kena maki, kalau tak jawab lagi la di maki!Haish!

                "Ada yang tak kena dekat sini...."Bishop Harman beritahu. "Tanah subur bermakna pemerintah Xethen masih ada di Xenthopia ni...kuasanya bukan melemah tetapi semakin kuat..."nafasnya deras dan keras kerana cuba menahan diri dari hilang sabar.

                 "Adakah itu bermakna Raja Emmett masih ada di Xenthopia?"

                  Bishop Harman menggeleng. "Tak...ianya   berlainan. Kali terakhir hal ni berlaku adalah semasa permaisuri Xethen hamil puteri mahkota...tanah subur semacam, walaupun peperangan tercetus, seluruh Kawasan yang musnah hidup menghijau semula...."

                "Takkan la puteri mahkota hamil?"

                  Alah! "Apa bebal sangat kau ni...tak dengar ke aku cakap apa tadi?Permaisuri...cuma permaisuri aje yang boleh meninggalkan kesan seperti ni pada tanah Xenthopia...."

                  "Permaisuri mana pulak ni?"

                   Hampir hendak menyumpah seranah orang kanan di hadapannya Ketika itu, Bishop Harman mengepal penumbuk dengan erat lantas membuat muka hendak mencarutnya. "Permaisuri Xenthopia la...isteri kepada raja yang memerintah negeri ni...."

                 "Boleh ke hal tu berlaku?Tak mungkin la Raja Emmett berkahwin lagi dan permaisuri tu pulak mengandung. Lain la kalau Raja Emmett dah serahkan taktah dia pada pengganti baru, dan pengganti baru tu ada permaisuri yang sedang hamil..."

Terdiam Bishop Harman selepas itu. Lelaki itu pandang tidak berkedip muka bulat lelaki botak di depannya. Reaksinya seperti orang baru ditampar pun ada. Kenapa la dia tak terfikir tentang hal ni!

Tak guna betul!

                 "HAhh...sh**!"lafaznya tidak lama kemudian sebelum menekap dahi yang sedang berdenyut sakit akibat darah dipam terlalu laju ke otak kerana terkejut. Macam mana dia boleh lupa mengenai hubungan Ryu dan Aerin!Haish!

                  Terkedip-kedip mata lelaki botak bila dia tengok reaksi Bishop Harman begitu. "Kenapa?Salah ke apa yang saya cakap tadi?"

                  "Bukan salah...tapi buat pertama kalinya kau guna otak kau tu!"ketap Bishop Harman dengan geram. "Kalau betul Ryu dah jadi raja baru buat Kerajaan Xethen, kemungkinan besar Aerin sudahpun dijadikan sebagai permaisuri lelaki tu...."lafaznya separa berbisik kerana berasa tidak percaya.

Jadi selama ini dia hanya membuang masa berperang dengan setiap daerah yang ada dalam negeri Xethopia. Dia ingatkan rancangan dia memerangi tanah Xethen ni boleh jadikan ia padang Jarak padang terkukur.

Rupanya tidak. Makin dia perangi, makin subur pula setiap tanah di sini. Ianya seakan dia cuma dijadikan sebagai alat pembersihan je!

Bishop Harman begitu tercengang ketika itu.

               "Ryu Fury....kau sengaja buatkan aku berperang sementara kau dalam diam kukuhkan kuasa kau?"Bishop Harman berdengus tak percaya saat melemparkan pandangan ke kawasan bukit dimana sebuah perkampungan berada di bawahnya.

                "Tu-tuan cakap apa tadi?"

                 "Haish!Arahkan semua yang ada supaya berpatah balik. Kita takkan teruskan perjalanan kita untuk ke daerah selatan.... tapi sebaliknya ke sempadan utara!"

                  "Kenapa??"

                  Bishop Harman berdengus kasar. "Buat aje la apa aku suruh!"Kalau betul sangkaan dia, itu bermakna Aerin sekarang sedang hamil anak kepada naga tak guna tu!Dan dia tidak boleh benarkan hal itu terjadi! Dia perlu dapatkan Aerin Offelia dengan segera!Gadis itu perlu dihapuskan secepat mungkin!

 "Buat aje la apa aku suruh!"Kalau betul sangkaan dia, itu bermakna Aerin sekarang sedang hamil anak kepada naga tak guna tu!Dan dia tidak boleh benarkan hal itu terjadi! Dia perlu dapatkan Aerin Offelia dengan segera!Gadis itu perlu dihapuskan se...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now