Dayang terakhir berjalan keluar dari bilik seusai menguruskan Aerin mandi dan mengenakan pakaian yang diberikan oleh mereka. Sambil membetulkan kolar di jubah tidurnya, Aerin jalan mendekati tepi jendela. Memerhati langit yang sudah mulai gelap dengan renungan tertanya-tanya.Sudah masuk tiga minggu dia berada di sini, khabar berita mengenai peperangan masih tidak diketahui. Ryu dengan liciknya mengelat dengan jayanya setiap kali dia cuba cari tahu apa yang berlaku.
Bagai tak percaya pun ada.
Sebab semuanya berlaku dalam sekelip mata.
Kenapa?
Kerana hari ini dengan rasminya dia telah menjadi isteri buat Ryu. Disebabkan persiapan di buat dalam sekelip mata dan semuanya sudah tersedia, celik saja mata dia telah didandan dalam busana pengantin lalu dikahwinkan bersama Ryu.
Langsung tak sempat hendak menolak apalagi membatalkan perkahwinan ini. Tahu-tahu aje dia dah tandatangan dan metrai ikrar perkahwinannya bersama Ryu. Ianya bukan majlis yang besar. Sekadar cukup untuk memenuhi syarat. Saksi yang hadir pula terdiri daripada orang istana dan beberapa ekor naga serta para tentera yang ada di tempat ini.
Hela nafas Panjang dilepaskan Aerin saat dia bawa kedua-dua tangan memeluk tubuhnya sendiri. Apa patut dia lakukan selepas ini?
Dia perlu cari tahu hal sebenar dan memastikan yang dia bukan berpihak pada pembelot!
Chup!
Tidak semena satu kucupan hinggap di lehernya secara mengejut.
Disebabkan bibir itu sejuk, secara refleks Aerin menahan nafas lantas menoleh laju ke sisi. Sekali, bila kepalanya berpaling ke sisi, matanya terus bertembung dengan sepasang bibir di depan muka.
"Menung jauh nampak?"Ryu tersengih sebelum mengucup tengah dahi Aerin dengan tangan melilit sekeliling bahagian depan badan Aerin dari belakang.
Aerin membuat muka sebelum kembali memandang keluar jendela. Datang dah! Dia baru aje nak berfikir.
"Kau patut berehat. Seharian ni kau mesti penat jalani upacara perkahwinan keluarga diraja naga."Ryu mengucup tepi pipi Aerin sebelum tunduk merehatkan bibir pada bahu terdedah Aerin. Lantas tangannya merayap pada tangan kanan Aerin untuk bermain dengan cincin di jari manis isterinya itu.
"Aku perlukan penjelasan lebih lanjut mengenai semua ni Ryu..."beritahu Aerin saat termenung.
"Tentang apa?"
"Kau masih belum beritahu aku macam mana peperangan ni bermula dan kenapa kau masih tak nak beritahu aku tentang apa yang terjadi dari awal?"
Ryu tertawa. "Penting ke semua tu?"
Pantas Aerin memusingkan badannya menghadap Ryu, keningnya mencerlung tidak puas hati saat dongak memandang lelaki lampai di hadapan saat ini. "Kau serius tanya aku soalan tu?"
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...