🐉Pewaris Sulung🐉

928 69 3
                                    

Kening putih uban itu berkerut semasa Tabib Diraja Nerror memeriksa nadi di pergelangan tangan kiri Aerin dari atas katil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kening putih uban itu berkerut semasa Tabib Diraja Nerror memeriksa nadi di pergelangan tangan kiri Aerin dari atas katil itu.

Sementara Ryu berdiri dengan tangan bersilang di dada. Merenung ke wajah isterinya dengan gelisah lalu kepala tabib di sebelah katil itu.

Dua dayang yang biasa menjaga Aerin berdiri di tepi katil dimana tabib berada. Masing-masing turut risau menanti keputusan pemeriksaan Aerin. Masakan tidak, sudahlah mereka yang menjaga permaisuri mereka selama ini. Kalau ada apa-apa berlaku pasti kepala mereka bakal menjadi bayaran.

Dengan riak tenangnya, Aerin malahan diam meneliti riak wajah tabib Nerror. Lelaki berjambang putih dan berambut putih di hadapannya ini sedikit sebanyak mengingatkan dia pada orang tua yang menjaga perpustakaan laman di bawah tanah Bandar Xenthen.

Tidak lama kemudian, tabib itupun bangun dari situ. Menghadap Ryu dengan hormat.

             "Bagaimana keadaan permaisuri?Semuanya baik-baik saja?"soal Ryu menurunkan tangan yang disilangkan pada dada ke bawah. Keningnya mencerlung, riak wajahnya juga serius.

             "Ya tuanku. Semuanya baik-baik saja. Cuma-"

              "Apa yang cuma pulak...tadi kata baik-baik saja!"Ryu sudah hendak melenting. Buat dia risau aje la!

              Lantas Tabib Nerror tersenyum. Matanya ikut  tersenyum. "Taniah tuanku. Permaisuri Aerin hamil. Usia kandungannya sudah masuk dua bulan...cukup masa hujung bulan nanti, masuk tiga."

Menahan nafas kuat Aerin masa dengar. Dia di katil terus duduk tegak dari bersandar tadi. Matanya terbutang luas.

              "Apa?Hamil?"Ryu mengerling ke Aerin di katil. Ikut sama terbutang mata setelah berkunci mata dengan isterinya. "Master tak bergurau kan?"

               "Tidak tuanku. Saya ucapkan taniah di atas berita gembira ini.."tunduk Tabib Nerror dengan senyuman lebar di bibir.

Mata Ryu kemerahan. Keningnya ikut berkerut semasa cuba menahan diri dari menangis di hadapan semua orang. Dia tak salah dengar. Aerin hamil pewaris sulungnya. Air mata mula bertakung di tubir.

               "Taniah tuanku raja...tuanku permaisuri...kami tumpang gembira dengan berita baik ini.."sedu ketua dayang di situ kegembiraan dengan berita tersebut.

Dengan riak lega dayang di sebelah pula menyeka air mata dari pipi kerana tumpang gembira dengan perkhabaran ini. Selepas bertahun lama diselubungi awan mendung dan aura berkabung, Kerajaan Stone Hill akhirnya akan melihat sinar mentari dari ufuknya.

              Aerin pantas tunduk memandang perut, tangannya menekap perutnya dengan sebak. Maka terjawab la kenapa kebelakangan ini dia hilang selera makan dan sering pening. Dan mimpi dia mengenai naga muda itu adalah petanda dia hamil. "Ryu..."panggilnya dengan suara serak sebak.

Tidak berlengah Ryu terus bergerak ke katil dan menarik Aerin ke dalam pelukan. Dia menyembamkan mukanya ke ceruk leher hangat isterinya. Kedua belah tangan erat melingkar kesekeliling tubuh kecil itu.

               "Terima kasih Aerin....terima kasih...terima kasih untuk anugerah ni..."nangisnya begitu gembira. Selepas menderita kehilangan ahli keluarganya satu persatu, dia bakal menjadi ayah dan menambah ahli baru dalam keluarga kecilnya ini. "Aku janji aku akan jaga kau sampai hujung nafas aku..."

Tersedu sedan Aerin sesaat kemudian. Dia sendiri tidak menyangka dirinya yang yatim piatu ini bakal menjadi seorang ibu dalam masa terdekat. Takutnya dia memikirkan masa depan nanti. Dapat ke dia menjadi ibu yang baik?Dapat ke dia melindungi keluarganya ini.

                 "Aku takut Ryu..."bisik Aerin terbayangkan ancaman dari Bishop Harman seperti yang dikhabarkan oleh Arran hari tu. Bagaimana kalau nanti master dia itu datang memburunya?Dia tidak mahu Ryu mahupun anak dalam kandungannya ini dalam bahaya. "Aku takut..."belakang baju suaminya dicengkam dengan terdesak.

                 "Kenapa kau takut?"Ryu menekap kedua belah muka Aerin lalu menatap mata basah itu dengan kening berkerut. "Aku kan ada....aku takkan tinggalkan kau."

                 Semakin menjadi-jadi sebak Aerin. "Sebab itu aku takut.."pejamnya saat menyandar pada tapak tangan Ryu. Lalu diberikan kucupan pada tangan yang menekap pipinya. Apa patut dia lakukan ni!?
 
                 "Aerin...pandang aku."

Aerin pun membuka mata. Dia menatap renungan dalam Ryu bersama linangan air mata turun dari tepi mata.

                 "Aku janji aku akan lindungi kau dan keluarga kita. Okay? Jadi jangan takut..."senyum Ryu saat air mata mengalir turun dari mata kiri.

Tidak mengatakan apa-apa Aerin terus mendakap tubuh Ryu dengan erat. Seakan nyawanya bergantung pada pelukan itu. Yang mana memang benar. Perasaan yang dia rasakan bukan kerana bonding yang dia ada pada Ryu. Tapi perasaan asli dimana dia benar-benar enggan berpisah dari Ryu.

Dayang dan tabib di situ sekadar memerhati dengan senyuman senang di bibir masing-masing. Mereka sama-sama tersentuh dengan keakraban dua pasangan diraja muda mereka ini. Mereka harap selepas ini segala penderitaan yang ditanggung oleh pasangan ini berakhir dan memperoleh kebahagiaan sampai kehujung hayat.

                "Junjung kasih tuanku dengan perkhabaran ini."tunduk mereka di situ dengan serentak semasa tunduk melutut sebelah kaki dengan sebelah tangan di dada kiri.

Ryu kucup tepi pipi Aerin dengan mata terpejam sebelum merehatkan dahinya ke dahi Aerin bersama senyuman gembira di bibir. Dia bersumpah, yang dia akan hapuskan Bishop Harman dan konco lelaki itu hingga tiada satupun sisa yang tinggal demi melindungi Aerin dan pewaris sulungnya ini.

Dah nak habis dh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah nak habis dh..setahun gak la ni baru nak complete.

Sekarang ni tinta tengah struggling nak buat scene fighting ni...

🙇🏻‍♀️ Sebelum tutup untuk update malam ni, Tinta nak ucapkan terima kasih sebab sudi tunggu dan teruskan bacaan even berhari la tinta tak update.

Disebabkan majlis graduation budk2 berbaki 7 hari aje lagi, Tinta agak struggling nak settle kan banyak perkara. Belum hadiahnya problems, lagu yg di copy tk boleh dimainkan...prop persembahan ada yg tk complete...hahahah.

Kita jumpa dkt next chapter nanti ya.

XO

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now