🐉Api Pelita🐉

622 52 0
                                    

Ditemani sama dengan api dari pelita gantung di tangan, cahaya itu membias sepanjang perjalanan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ditemani sama dengan api dari pelita gantung di tangan, cahaya itu membias sepanjang perjalanan itu. Menerangi Lorong gelap subuh semasa Aerin menyusurinya Bersama Ryu disamping. Disebabkan langit pun masih gelap, matahari belum lagi terbit, keheningan sahaja la yang menyelubungi Langkah mereka di laluan kecil menuju suatu lokasi.

Bunyi tapak kasut memijak permukaan tanah kedengaran gema setiap kali pasangan itu berjalan.

Tangan glove hitam Ryu pula menggengam erat tangan Aerin sewaktu sebelah tangan memegang pelita gantung.

Biasanya Aerin ditemani pengawal, namun tidak pada Waktu itu. Hanya dia Bersama Ryu sahaja keluar Bersama. Membuatkan dia sedikit janggal kerana tidak diiring.

"Ke mana kau nak bawa aku pagi-pagi hening macam ni Ryu?"suara bisik Aerin kedengaran perlahan di sebelah. Dia berasa segan silu hendak bercakap kuat di dalam keadaan gelap subuh begini. Bukan takut cuma berasa salah pula kalau buat bising di tempat beraura kuat ini.

"Suatu tempat...tempat yang jarang sekali aku jejak sejak aku menetap di Xenthopia."beritahu Ryu tanpa memandang.

Aerin mendongak. Dia tenung tepi wajah Ryu untuk seketika sebelum bersandar pada tepi lengan itu mencari kehangatan dek suhu dingin Kawasan berkabus hutan tersebut. "Kenapa?"

"Kau dah bertemu dengan ayahanda bukan. Jadi sekarang kau akan bertemu dengan ahli keluarga aku yang lain juga."lirih saja suara Ryu Ketika lelaki itu bersuara.

Menerbitkan rasa hairan dalam hati Aerin. Jarang sekali dia mendengar nada Ryu begini. Ianya kedengaran seakan Ryu terluka atau tidak suka menyatakannya. "Kenapa mereka tinggal berasingan dengan ayahanda kau kalau begitu?"

Cengkaman Ryu pada tangan Aerin dipereratkan lagi semasa dia berkata. "Kerana mereka sudahpun meninggalkan dunia ini buat selamanya Aerin...kami semadikan jasad mereka di sini supaya mudah untuk aku melawat mereka..."

Terkedu Aerin. Dia menahan nafas tanpa sedar sebaik dengar. Lancang sungguh mulutnya ini semasa berkata!Tak memasal dia mengungkit kesedihan Ryu! "Oh...maaf aku tak tahu."

Ryu melepaskan cengkamannya untuk merangkul bahu Aerin. "Tak apa...."senyuman sedih terukir di bibir. Perkara pun sudah berlaku. Dia hendak bersedih pun tidak terasa lagi.

Selepas berjalan untuk beberapa Ketika, akhirnya Aerin berhenti disebuah Kawasan lapang ditengah hutan. Ditengah hutan itu berdirinya sebuah bangunan. Cat di dinding itu lansung tidak luntur, malah sekeliling bangunan itu banyak pokok bunga yang berwarna-warni dan rumput hijau kemas tidak meliar.

"Tempat apa ni?"Aerin ternganga sedikit dek kagum dengan binaan megah dihadapannya. Seakan muzium dan bangunan kementerian seperti di Xenthopia.

"Ini la makam tempat persemadiannya datuk, nenek, bonda dan Naga Cora..."Ryu beritahu sambal menarik Aerin Bersama ke arah pintu gerbang bangunan.

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now