🐉Lawatan🐉

592 66 1
                                    

Sekejap ke sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekejap ke sana.

Sekejap ke sini.

Kelibat mereka yang ada dalam Akademi Dragon Tamer sibuk pada awal pagi waktu itu.

Ada yang siap tolong susun atur pasu dan perhiasan yang ada di sepanjang koridor.

Ada juga yang bentang red karpet di halaman Utama pintu masuk bangunan.

Tidak lupa pula dengan staf yang sibuk di ruang makan. Mereka ke hulu dan hilir menatang dulang buffet perak untuk dihidangkan ke meja panjang dalam dewan makan tu. Kerusi cantik berkunsyen putih tergeletak di hujung kepala meja. Sementara kanan dan kiri meja itu ada kerusi biasa.

Berkilat dan bersih yang luar biasa keadaan akademi waktu itu.

           "Lekas pergi lihat pintu masuk, mereka yang bertugas sambut tetamu dah bersedia belum?"Bishop Harman memberi arahan sewaktu perhatikan protégé yang lain sedang bersiap mengenakan uniform rasmi mereka untuk berbaris.

           "Baik master.."sambut seorang staf lelaki sebelum berpaling dari situ.

            "Lihat jubah kamu itu Leon!"beritahu Bishop Harman apabila matanya ternampak seorang daripada Dragon Tamer dia terbalik mengenakan jubah labuh berlogo naga dikait dengan emas di bahagian belakang itu.

Kelam kabut Dragon Tamer itu menanggalkan jubah lalu dipakai semula dengan kedudukan yang betul lalu dia berdiri tegak masuk ke dalam barisan sebaik selesai.

            "Di mana Aerin?"barulah Bishop Harman tersentak sebaik menyedari barisan protégé dan Dragon Tamer Wanita di sebelah kanannya ada yang kurang.

            Brianna di barisan hadapan pada masa itu terus mengangkat kepala. "Master dah beritahu Aerin mengenai majlis pagi ni?"soalnya dengan kening terangkat.

Mata Bishop Harman terkebil-kebil. Untuk beberapa saat dia diam memandang wajah Brianna sebelum dia menepuk dahinya kerana tidak percaya.

Aduh!

Macam mana la dia boleh lupa mengenai Aerin!

          "Saya dah maklumkan pada dia..."Bishop Harman beritahu.

           Masa itu, Brianna yang tahu sikap pelupa Aerin pun buat muka berserah sambil tersenyum nipis. "Dan dia pun lupa..."ujarnya.

Punca kenapa seisi Akademi Dragon Tamer sibuk adalah kerana pagi itu mereka akan menerima kunjungan Raja Emmett sendiri. Baginda berkata ingin membuat pemantauan dan kunjungan mesra ke situ. Itu yang Bishop Harman kelam kabut sejak awal pagi tadi dan bersama seisi penghuni yang lain.

Memandangkan bukan selalu Raja Emmett datang melawat, Bishop Harman mahukan semuanya dalam keadaan sempurna dan lengkap. Tak sangka pula dia terlupa akan anak muridnya yang seorang ini.

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now