🐉Rencana Asal🐉

747 59 1
                                    

Puteri Mara termenung memandang Raja Emmeth dengan renungan dingin dalamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puteri Mara termenung memandang Raja Emmeth dengan renungan dingin dalamnya. Sudah seminggu lebih peperangan berlaku. Ramai telah terkorban. Seluruh kota Xenthopia telah dimusnahkan. Penduduk Ramainya telah melarikan diri ke merata arah.

Sehingga sekarang tiada jalan penyelesaiannya. Jika berterusan mereka semua akan lupus dari kerajaan Xethen.

"Berapa lama ayahanda mahu menunggu??"

Raja Emmett dalam keadaan tidak terurus. Lingkaran hitam jelas kelihatan di bawah mata. Tubuhnya juga kurus dari biasa kerana tidak makan akibat sibuk cuba mempertahankan sisa yang ada dari serangan dari tentera Bishop Harman.

"Hanya Ryu sahaja pilihan yang kita ada sekarang.."tambah Puteri Mara.

Beberapa orang Pembesar istana di dalam bilik diam tidak mengatakan apa-apa. Mereka semua juga telah buntu bagaimana hendak menangkan peperangan ni. Sebabnya selama ini semua peperangan yang mereka peroleh atas bantuan Ryu dan pahlawan naga lelaki tu. Jadi mereka lepas tangan dari mengambil tahu bagaimana nak pertahankan diri jika suatu hari nanti Ryu tiada di samping mereka. Ini kerana mereka semua yakin Ryu akan setia dan kekal bersama mereka.

Rupa-rupanya tidak.

Ryu malahan satu daripada musuh mereka sendiri.

"Anakanda mahu ayahanda menyerahkan taktah kepada Ryu semata untuk menangkan peperangan ni?"Raja Emmett mengangkat kepala dari tunduknya bersama renungan letih.

Kening Putera Mara mencerun tajam.

"Kalau itu dapat memastikan peperangan ni tamat dan tempat ini tidak musnah, anakanda tidak rasa ianya keputusan yang teruk.."

"Adakah kamu masih menyukai lelaki keparat tu?Sebab itu kamu memberi cadangan ni?"

"Ayahanda...ini bukan masanya untuk ayahanda fikir tentang semua tu?Adakah ayahanda ingin melihat semua orang di sini terkorban hanya kerana ego ayahanda ni?"Puteri Mara memukul permukaan meja dengan kuat semasa bangun berdiri dari situ. "Ini semua adalah kesan dan akibat dari keputusan ayahanda untuk memerangi hidup orang lain dan musnahkan kehidupan mereka. Maka ayahanda perlu bertanggungjawab atas tindakan ayahanda sendiri! bukan menyalahkan orang lain dan bersikap degil begini!"

Raja Emmett terkedu. Lelaki itu pandang tidak berkedip akan Puteri Mara. Begitu juga dengan mereka yang ada di situ.

"Hidup ini ibarat roda. Ada masanya akan berada di atas. Ada masanya akan berada di bawah. Kegemilangan ayahanda yang selama ini cuba dijulang akan jatuh juga cepat mahupun lambat. Adakah ayahanda mahu tetap memilih untuk bertahan?"Puteri Mara bertanya lagi.

Tangan Raja Emmett berkepal dalam genggaman. Rahang lelaki itu berketik menahan sabar sebelum dia memalingkan kepala ke arah lain.

Puteri Mara terus daham. Dia pandang Raja Emmett dengan renungan berkaca sebelum tersenyum. "Adakah itu keputusan ayahanda?"

"Bawa Puteri Mara kembali ke biliknya semula."arah Raja Emmett.

Secara serentak dua pengawal keselamatan muncul dan cuba dekati Puteri Mara.

"Dah tua-tua pun degil jugak!"lafaz Puteri Mara dengan kesal sebelum berpaling dari situ dengan langkah yang marah.

Pemergian Puteri Mara ketika itu diperhatikan oleh Raja Emmett dengan renungan mencerun. Dia tidak suka bila dirinya kelihatan begitu terdesak. Tapi dia juga sedar yang dia tiada pilihan lain. Jika keadaan ini tidak reda dan Bishop Harman tidak dimusnahkan, bukan setakat istana ini saja yang bakal rebah, tetapi seisinya sekali.

"Saya dimaklumkan bahawasanya tuanku ingin bertemu dengan saya?Boleh saya tahu apa tujuan tuanku menemui saya secara rahsia begini?"Ryu bersuara taktala Raja Emmett di balik kelubung sebelah kuda yang ditunggang bersama tiga lagi kesatria istana sedang berdiri.

Raja Emmett memberi renungan tajam ke Ryu. Dia mencengkam kuat tali cekang kudanya menahan sabar.

"Kamu sedia maklum mengenai tujuan beta menemui kamu...jangan berpura-pura tanya tidak tahu!"

Ryu pun ketawa. "Saya betul-betul tidak tahu. "selorohnya.

"Tempoh hari kamu pernah mencadangkan kepada beta satu tawaran...adakah kamu masih mengingatinya?"

"Kenapa?Adakah tuanku sudah berubah fikiran mengenainya?"

Raja Emmett terdiam.

"Saya menawarkan bantuan kepada tuanku sebelum peperangan tercetus tapi tak mengapa. Tawaran tu masih terbuka. Sekiranya tuanku minta saya bantu tuanku menangkan peperangan ini, apa yang saya akan dapat memandangkan seluruh kota dan negeri ini telah habis di musnahkan?" mendatar dingin suara Ryu ketika ini. Dia benar-benar tidak berminat untuk membantu Raja Emmett. Rencana asal dia adalah untuk menakluk Xenthen dan hapuskan semuanya. Bukan menyelamatkan!

"Baiklah...beta akan serahkan taktah beta. Tapi dengan satu syarat, beta mahukan keselamatan buat ahli keluarga beta."beritahu Raja Emmett.

Bersama sengih meleret Ryu berkata. "Tuanku pasti?"

Air muka Raja Emmett benar-benar tercalar. Lelaki itu berasa diperendahkan apabila berhadapan dengan Ryu begini. "Adakah kamu setuju dengan syarat itu atau tidak?"tegasnya.

"Baiklah. Kalau tuanku sudahpun mengatakannya sendiri. Saya tak dapat nak buat apa-apa selain menerimanya. Sebaik saja cap mohor diraja dan mahkota di serahkan kepada saya, saya akan aturkan pemindahan tuanku dan seisi kaum kerabat tuanku nanti."beritahu Ryu mengangguk kecil.

Tiba-tiba seorang daripada kesatria di situ bergerak mengocek sesuatu dalam beg yang tergantung pada atas kuda. Ianya sebuah peti. Lantas dianya di berikan kepada Raja Emmett. .

Lelaki itu menggosok permukaan kotak tersebut dengan perasaan syahdu dan sebak. Raja Emmett berada berat hati hendak menyerahkan cap mohor dan mahkotanya saat itu. Namun apakan daya, dia sendiri tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

"Ini adalah cap mohor dan mahkotanya."Raja Emmett maju ke hadapan menuju ke arah Ryu.

Mata tajam Ryu merenung kosong akan Raja Emmett sehinggalah lelaki itu tiba di hadapannya.

"Dengan ini beta menyerahkan taktah beta kepada kamu Ryu Fury."tunduk Raja Emmett mempersembahkan peti itu di hadapan Ryu.

Seorang dah mengundur. Tinggal seorang saja lagi! "Saya terima."jawab Ryu mencapai peti tersebut dengan tangan bersarungnya. Sebaik mengambil peti itu dia pandang wajah serabut Raja Emmett dengan sengiu meleret.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now