🐉Amarah!🐉

710 70 1
                                    

Selepas waktu makan tengah harinya, Aerin bergerak ke istana sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas waktu makan tengah harinya, Aerin bergerak ke istana sendirian. Itupun selepas didesak dengan Bishop Harman berulang kali supaya segerakan urusan untuk melaporkan diri dan mendapatkan surat kebenaran keluar daerah.

Punya la liat Aerin masa di suruh tu. Dia sebolehnya mengelat selagi mampu untuk lengahkan urusan itu kerana dia memang tidak mahu jalankan sebarang misi.

Itu yang muka dia ketat saja sepanjang perjalanan untuk ke istana Utama. Sampaikan pengawal yang melintasi Aerin waktu itu langsung tidak berani bertentang mata apalagi menegur gadis tersebut. Mana tidaknya, muka tu garang seperti mahu menampar sesiapa yang menegur.

Masih dalam uniformnya, kaki berkasut boot high cut Aerin memijak senyap lantai koridor istana. Rambutnya ikut berhayun kanan dan kiri setiap kali dia melangkah. Sampailah Aerin tiba di hadapan sebuah pintu gergasi dimana dua kesatria berkawal sedang berdiri menjaga laluan tersebut.

             "Identifikasikan diri kamu.."arah suara dalam pengawal bertopeng itu kepada Aerin.

             "Aerin Ofelia, Dragon Tamer."dia sua akan  skrol rasmi diraja yang Bishop Harman berikan awal pagi tadi. Kalau mereka halau dia terus lagi bagus. Boleh la dia jadikannya sebagai alasan untuk tidak keluar menjalankan misi.

             "Raja Emmett sedang berurusan dengan tetamu. Kamu boleh masuk. Tapi minta senyap sehingga tuanku memanggil kamu untuk menghadap."pesan pengawal yang sama kepada Aerin apabila yakin yang Aerin bukan orang luar atau merbahaya.

Punah harapan Aerin selepas dengar. Dia turunkan tangan memegang skrol tadi ke bawah dengan kesal apabila pintu gergasi di depannya itu di tolak sedikit ke dalam. Cukup luas untuk dia seorang saja yang mencelah ke situ.

           "Baik."balas Aerin pendek saat bergerak masuk melalui kuakan tadi.

           "Bukan beta enggan bersetuju Ryu. Ianya   melibatkan banyak pihak jika kita bersetuju dengan permintaan Raja Everin. "suara Raja Emmett bergema dalam dewan menghadap itu.

            "Kalau tuanku enggan menerima permintaan mereka itu, maka penyelesaian terakhir adalah memerangi mereka..."suara mendatar Ryu pula yang bergema.

           "Jangan begitu Ryu. Raja Everin merupakan rakan dan sahabat lama beta. Mana mungkin beta ingin wara-warakan peperangan ke atas mereka..."

Perlahan-lahan Aerin jalan mendekat ke arah balairung seri dimana Raja Emmett sedang duduk. Singahsana lelaki itu ringkas dengan kerusi tinggi dan dua pengawal sahaja. Manakala di bawah anak tangga singahsana itu berdirinya dua lelaki lampai. Mungkin tetamu yang dimaksudkan pengawal tadi. Seorang daripadanya memang Aerin kenal serta merta. Tapi tidak sebelah Ryu.

Tidak disangka rupa-rupanya Caspian pun ada sekali. Lelaki itu sedang berdiri di sebelah kanan kerusi tinggi Raja Emmett. Ada buku catatan di dalam tangannya saat itu. Dan dia la orang pertama yang menyedari kehadiran Aerin. Memang naik terus seri wajah seriusnya kepada ceria selepas lihat wajah cantik Aerin itu.

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now