Sepanjang masa Ryu boleh mengesan betapa kelamnya Aerin. Isterinya langsung tidak bercakap banyak sewaktu mereka meluangkan masa bersama ayahandanya. Sekadar bersuara untuk menjawab soalan yang diajukan. Selebihnya hanya mendiam tanpa kata.
Sehinggalah malam membungkus, mereka tiba di bilik tidur diraja sebaik Raja Evan meminta diri untuk berehat di bilik baginda. Meninggalkan pasangan suami isteri itu sendirian.
Sepasang mantel dicampak ke atas katil oleh Aerin sewaktu dia dengan rimas menanggalkan baju luar diraja yang kemas terpasang pada tubuh sejak siang tadi.
"Kau nak mandi?Aku arahkan dayang siapkan air mandian..."tanya Ryu sewaktu memerhatikan Aerin berdiri menghadap katil menanggalkan pakaian.
Tidak menjawab pertanyaan itu Aerin kemudiannya duduk melabuhkan punggung atas katil untuk menanggalkan kasut dari kaki pula. Keningnya berkerut, riak wajahnya dingin dan kelihatan serius.
"Aerin..."Ryu mendekat taktala kata-katanya sejak tadi masih tidak dihiraukan oleh Aerin. "Kau dengar aku tak?"
Dengan erat Aerin mengetap gigi. Pandangannya terarah pada lantai sebelum dia mengangkat mata ke Ryu. Merah dan berkaca.
Mereka berdua berkunci pandangan buat seketika sebelum Ryu perlahan-lahan melutut di hadapan Aerin lalu mencapai tangan bercincin isterinya di dalam genggaman. "Kenapa?Apa yang buat kau berasa terganggu?"
Berketik rahang Aerin kerana soalan Ryu. Ianya seakan mengejek dirinya yang memang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya sedang terjadi selama sebulan ini. Sekali tu apa yang dia dengar? Ryu akan membunuh mentor mereka sendiri?Memusnahkan tempat yang selama ini telah menjadi tempat mereka membesar?
"Aerin..."panggil Ryu lagi menekap tepi muka Aerin penuh kasih dan risau. "Katakan sesuatu, jangan berdiam begini. Kau buatkan aku risau..."
Pantas Aerin menepis tangan dari pipinya lalu bangun berdiri dari katil. Kedua-dua tangan memeluk badan sendiri mencari keselamatan. Dia berasa takut dengan Ryu kerana dia tidak faham apa yang sebenarnya Ryu mahukan dari dirinya ini. Ryu tahu dia adalah waris terakhir dari Dragon Whisperer. Dan kini dia sudah menjadi Dragon Rider Ryu. Bukan setakat itu dia juga menjadi isteri kepada putera mahkota Kerajaan Stone Hill. Yang mana sedang cuba hendak memusnahkan Kerajaan Xethen. Dan dia...dia menjadi pengkhianat mentornya sendiri!
Nafas Aerin mula tidak menentu. Dia jadi bingung di situ. Apa yang patut dia lakukan sekarang?!
Perlahan-lahan Ryu berdiri dari berlututnya. "Kenapa dengan kau sejak sampai ke sini?"soalnya dengan jelingan curiga. Dia cuba baca fikiran Aerin tetapi rantai yang dikenakan kepada Aerin menghalang sedikit sebanyak kuasanya dari mendekati Aerin Ketika ini.
"Kau tanya aku kenapa?"barulah Aerin berpusing menghadap Ryu semula. "Sepatutnya kau yang jelaskan sendiri dekat aku apa yang sebenarnya dah berlaku dekat sini!?Raja Emmeth dah serahkan taktah dia pada kau?Apa yang kau dah lakukan pada Puteri Mara dan Raja Emmeth kalua macam? Tak cukup dengan tu....Kau akan benarkan ayahanda kau musnahkan Empire Xethen selepas kau ambil taktah!?Bunuh mentor kita menggunakan aku!?Masuk akal ke semua tu?"keningnya bercantum tanpa sedar.
Tidak semena Ryu tertawa kecil, hujung bibirnya meleret sinis. Renungannya juga kelihatan dalam namun tidak serius. "Ohh...jadi itu la yang menganggu fikiran kau sepanjang hari ni?"
"Kau seorang yang kejam Ryu....bagaimana lelaki seperti kau boleh berfikir untuk lakukan hal sekeji ni!"
"Hahahaha....apa kau kata?Aku kejam?Keji?Itu yang kau fikir tentang aku?"sengih Ryu dengan meleret.
Perlahan-lahan Aerin menelan liur. Matanya bergerak-gerak meneliti postur Ryu. Takut sekiranya suami dia ingin melakukan sesuatu yang tidak terjangka. Takut pula dia fikirkannya. "Ya...."balasnya dengan mata berkaca.
Selangkah demi selangkah Ryu mengatur kaki ke arah Aerin. "Terima kasih untuk pujian tu....aku hargainya. Sebab bukan selalu aku dapat pujian dari kau kan?"selorohnya.
Mahu tak mahu Aerin mengundur ke belakang. Jantung di dalam dada berdegup kencang bagai nak gila. Dia mahu larikan diri namun tidak tahu hendak ke mana. Dia mahu menjerit memang tiada guna kerana istana ini adalah Kawasan Ryu. Maka seisinya juga dibawa kuasa Ryu. Sekalipun dia meraung meminta tolong tiada siapa yang bakal menyelamatkan dirinya.
"Sampai bila kau nak berahsia Ryu...berapa lama lagi kau nak biarkan aku berada dalam gelap macam ni tanpa mengetahui hal sebenar!?"marahnya Bersama setitis air mata jatuh turun ke pipi kanan.
"Kan aku dah beritahu...lebih baik kau tak tahu apa-apa daripada tahu segalanya.."Ryu semakin hampir pada Aerin setelah isterinya terperangkap di hadapan sebuah tiang bilik.
Aerin menggeleng kepala.
"Tak semua tu hanya alasan....kau tak nak beritahu sebab kau tu seorang pembunuh....kau buatkan aku bersama dengan seorang pembunuh!"marahnya dengan berang. Seluruh tubuhnya menggigil kuat kerana marah dan takut bercampur baur tanpa kawalan.
Ucapan Aerin itu membuatkan air muka Ryu berubah, senyuman di bibirnya juga memudar. Namun lidahnya kelu tidak dapat menceritakan hal sebenar. Dia lebih sanggup hatinya yang disakiti...bukan Aerin.
Setibanya di hadapan Aerin, Ryu perlahan-lahan memegang lengan kanan Aerin sebelum sebelah tangan lagi melilit sekeliling leher Aerin.
"Lepaskan aku!Lepas!Jangan sentuh aku!"ronta Aerin cuba menolak Ryu menjauh darinya, namun cengkaman erat Ryu sedikitpun enggan berganjak. "Aku taknak kau sentuh aku!Aku taknak tangan yang membunuh ramai orang kerana kuasa sentuh aku!"
Secara paksa Ryu menarik Aerin ke dalam pelukannya. Cuba menenangkan tubuh yang sedang menggigil itu. "Shhh.....bawa bertenang Aerin..kau tengah panik sekarang ni."
"Tak nak!Lepaskan aku!"ngerang Aerin sambil bergelut dalam pelukan itu untuk seketika Bersama air mata bercucuran di pipi. "Kenapa kau lakukan semua ni Ryu...kenapa kau sekejam ni!"raungnya hendak jatuh rebah melutut di lantai.
Namun Ryu tidak dapat mengatakan apa-apa selain tunduk mengeratkan pelukannya pada tubuh Aerin. Dia janji selepas semua ini selesai, dia akan jelaskan segalanya kepada Aerin bahawa Raja Emmeth adalah punca kematian keluarganya dan kemusnahan empire ayahanda sementara Bishop Harman pula adalah pembunuh puak Aerin hingga menyebabkan Aerin menjadi Yatim piatu.
Kerana itu dia perlu lakukan semua kekejaman ini!
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...