Subur.Penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau.
Udara juga bersih.
Kicauan burung boleh didengari di setiap arah.
Kawasan itu juga kelihatan terjaga dan segar. Seakan tiada tanda sebarang kerosakan yang terjadi. Ianya seakan ada yang menjaga kesejahteraan seluruh kawasan tersebut.
Beratus-ratus lelaki berpakaian serba serbi hitam dan hijau lumut berarak dalam barisan masing-masing. Tiga ekor naga berada di udara, namun sekadar berkeliling kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihadang dengan sesuatu yang membuatkan ia tidak dapat menembusi sempadan tersebut.
Seperti dikhabarkan, ianya memang benar.
Seluruh kawasan ini telah dipagarkan. Seakan ada kubah halimunan telah memayungi seluruh kawasan sempadan ini.
Macam tak guna aje!
Dari semalam mereka sudah tiba, tapi disebabkan dinding pelindung tak guna ini, rancangan mereka untuk pecah masuk tergendala.Tangan berglove Bishop Harman menekap permukaan udara di hadapannya dengan renungan dingin. Dari sudut pandangannya ianya kelihatan normal dan tiada apa-apa. Namun bila di pegang seakan ada dinding disitu. Bezanya dinding itu tidak kelihatan.
Kukuh dan kuat!Setiap kali dia sentuh permukaan itu satu dengungan halus dapat didengari. Dan permukaan itu akan menghasilkan alunan seperti ombak kecil seakan ada tenaga sedang berdenyut-denyut pada dinding pelindung tersebut.
"Tuan...kami dah ronda sekitar kawasan sempadan ini. Seperti yang tuan jangkakannya, iainya telah didindingkan dengan kuasa penghadang."
Bishop Harman mengangguk. "Aku tahu.."dia berpusing ke belakang. Menghadap para tentera yang ada di situ. "Berubah jadi naga sekarang dan bakar dinding pelindung ni pada masa yang sama."arahnya kepada mereka.
Dengan serentak semua kepala di situ mengangguk kepala tanpa berlengah mahupun bersuara. Mana-mana naga jadian yang masih dalam bentuk manusia mula mengambil tempat masing-masing. Satu persatu berubah kejadian dalam bentuk naga. Hampir berpuluh-puluh naga berkumpul di sekitar hadapan sempadan utara itu.
Bila semua sudah bersedia, Bishop Harman memberi isyarat kepada naga-naga yang ada saat berdiri di tengah-tengah Kumpulan naga di situ. Langsung tiada sebarang reaksi di wajahnya.
Maka naga-naga di situ mulai memanjang leher lalu ia mengangakan mulut dengan luas. Bersemburan la api pelbagai warna dan cahaya dari mulut naga-naga tersebut. Mengenai permukaan halimunan yang telah memagari laluan utama sempadan utara itu.
Dari satu naga ke satu naga yang lain, ia tidak berhenti memuntahkan api lahar hingga menimbulkan keretakan pada permukaan dinding pelindung itu.Crack!
Crack!
Dari sekecil-kecil rekahan, ianya Semakin merebak ke serata tempat.
YOU ARE READING
53. Dragon's Angel
FantasyFantasy in fantasy. It's a dream but also a reality. It's an illusion but also were a dream. Then what is it the reality? Aerin Ofelia adalah seorang Protégé Dragon Tamer. Sejak menjadi Yatim piatu akibat peperangan, Aerin telah diambil sebagai a...