🐉Ryu Fury Furious🐉

391 27 0
                                    

Berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berat.

Sakit.

Dan pening kepala.

Itu la pertama-tama yang dirasai Ryu sebaik dia membukakan mata.

Untuk seketika dia sekadar diam terbaring sambil mengedipkan mata beberapa kali untuk sedarkan diri sepenuhnya. Pandangannya dihiasi dengan siling bilik tidur. Suasana pula kelam dan bercahaya lilin. Tiada bunyi selain deru angin yang bertiup melalui celah kuakan jendela yang tidak tertutup rapat di kanan bilik.

Masih tidak terkutik dengan posisi tangan di atas perut dan baring menelentang, Ryu mula teringat apa yang telah terjadi. Memori mula terimbas kembali di dalam kotak fikiran. Segala imej dan apa yang dirasai buatkan matanya mula berbahang. Air mata bergenangan. Dia merasakan panas dari dada hingga ke telinga.

Apa yang dah berlaku?

Bagaimana dia boleh kembali ke sini?

Adakah dia telah ditinggalkan Aerin?

Kekasih hatinya memilih untuk bersama dengan orang lain bukan dirinya?

Mata itupun terpejam semula tidak lama selepas Ryu berasa sebak memikirkan dia tidak sedarkan diri dan Aerin tiada disisinya selepas dia membuka mata. Dia hendak bergerak tetapi tubuhnya begitu sakit tidak terkata akibat impak dari rasa patah hati dan kecewanya. Jadi Ryu memilih untuk terbaring saja.

Creak!

Tiba-tiba ada pergerakkan di atas katil sebelah kanan Ryu. Diikuti dengan kemunculan tangan bercincin pada jari manis hinggap atas tangan yang berehat pada perut Ryu ketika itu. Setelah itu tangan tersebut bergerak mencengkam celah jari jemari runcing Ryu.

                  "Ryu..."lembut saja suara itu memanggil. "Kau dah bangun ke?"

Seakan disiram air sejuk, Ryu pantas membuka mata setelah merasai sentuhan dari tangan dingin itu. Dan bila mata sembapnya terbuka, dia melihat wajah indah sedang tersenyum memandangnya. Mimpi ke apa ni?Keningnya berkerut-kerut tidak percaya.

                 "Hai... it's okay. Semuanya tak apa-apa."Aerin mengusap lembut kening kiri Ryu sebelum tunduk merehatkan dahinya ke atas dahi hangat Ryu. Usai matanya terpejam, dia membisik perlahan di depan wajah itu. "Maafkan aku Ryu...bukan niat aku untuk menyakiti kau..."

                  Waktu itulah Ryu menangis dengan sebak. Esaknya kedengaran kerana berasa lega melihat kehadiran Aerin yang mana dia sangka sudahpun pergi meninggalkannya. Tangannya terketar-ketar naik memegang lengan Aerin. "Aku ingatkan kau dah tinggalkan aku..."esaknya

                  "Hah?"Aerin pantas mengangkat kepala dari dahi Ryu. "Kenapa kau cakap macam tu?Kenapa aku tinggalkan kau?"soalnya sedikit tergamam.

                  Ryu memejamkan mata dengan esak tanggisnya. Tidak dapat lagi mengawal emosi kerana takut kehilangan Aerin. "Sebab kau muncul bersama lelaki lain. Dan kau pilih untuk menentang aku hingga buatkan aku sakit kerana kuasa kau.."

53. Dragon's AngelWhere stories live. Discover now